Msjboxers Berkumpul Lagi

Bulan ini bulan makan-makan.
Patutlah badan saya semakin bulat lagi.

Penat saja torture diri-sendiri di gym!
Huaargghhhh!!!

Pergi makan2 di rumah CM & Kak Siti je dah 2 kali. Dasar pemalas nak masak. Hahaha! Sebenarnya kami dijemput makan2 sebab kali pertama, rumah CM & Kak Siti telah diterjah oleh Kasawari Beep2 dan Kak Linda. Kali kedua pulak pada hari Jumaat lepas, oleh Kak Lin & anak2. Orang2 Johor memang suka terjah2 rumah orang2 KL SEYYH!


Tengok la lauk-pauk sedap Kak Siti masak! Nasib baik la saya telah pergi ke gym dulu sebelum singgah di rumah Kak Siti

Lepas makan2, seperti biasalah. Sesi berposing. Layankan aje si Sodep kat belakang tu, berposing dengan vogue nya.

Muka2 yang kekenyangan pada pukul 10.30pm


Dah kemaruk amik gambar, sampai kat tangga pun nak posing lagi

Hari Sabtu pulak, kami pergi sumbang suara yang sumbang di Red Box. Ikutkan hati, Jumaat malam Sabtu tu dah kami nak terjah Kotak Merah:

Kak Lin: Terasa nak pegi karaoke lah...
Saya: Jom kita pergi lepas ni Kak Lin!
Kak Ret: Amboi2x! Ko tengok la, bini sapa la ni nak pegi karaoke pakai baju kurung nih!
Suami Terchenta: Bini sapa nih? Kena panah petir karang!


Msjboxers beraksi di dalam bilik karaoke, mentang2 tak de orang tengok korang semua gelek2 ye!

Suami Terchenta pun ikut cucuk langit. Astaga, Suamiku! Kena panah petir baru tau!

Balik dari cucuk langit karaoke, aktiviti seterusnya ialah:



Piknik di Taman Tasik Kepong tempat orang main layang2



Pakcik Aiskrim pun tumpang glamer sekaki...

Semalam pulak, giliran rumah kami diserang lanun2 kawan2 dari Johor (kebetulan pulak CM sekeluarga & Kak Retna pun asal dari Johor jugak!):


Makan time!

Mujurlah Shai bawak satay Hj Samuri, sebab kanak2 Ribena ada yang tak makan laksa. Siap bercekak pinggang tunggu pekerja Hj Samuri bakar satay sampaikan satay pun tak berapa masak sebab nak cepat punya pasal. Muahaha!

Dari pagi lagi kami sibuk di dapur menyiapkan laksa Sarawak. Suami Terchenta lah yang sibuk merebus udang, goreng telur dadar & buatkan kuah laksa sementara saya meracik ayam & goreng ayam sebagai hidangan sampingan. Dessert pulak ialah kek batik special saya.

Sebenarnya, ada cerita di sebalik laksa *senyum secret*. Oh Suami Terchenta, kisah teh cina semasa kita pengantin baru dulu sepatutnya jadi pengajaran saya sepanjang hidup!

Ingatkan sampai di situ sajalah tugas memasak kami. Petang para tetamu akan beransur. Rupa2nya lunch hour melarat sampai ke tea-time! Dengan tak disangka2, chef celebriti, Kak Norz & Abang Deri pulak akan terjah rumah kami! Bagai nak rak, kami menggelabah pergi beli pisang goreng dan keropok lekor untuk tetamu2 extra:


Lepas lunch, sambung borak2 sambil minum petang (hidangkan pisang goreng yang disponsor oleh Kak Lin, kek yang dibawa oleh Kak Norz, kek batik yang cuma tinggal sepiring, dan teh panas)

As usual, lepas makan amik gambar lagi:


Thanks semua, sudi datang ke rumah kami! Si Iman anak Bonda Rock jatuh chenta dengan kotak muzik yang saya beli di Paris

Malamnya, saya pengsan kepenatan. Mujur saja hari ni cuti umum! :p (Kesian Suami Terchenta terpaksa kerja)

Makaseh, semua! Lain kali datang lagi ke rumah kami, kami berbesar hati terima kunjungan kawan2 semua. Mintak maaf kalau ada kekurangan ya!

0 comments:

Post a Comment