Wiken ni kami nak ke Cameron Highland sempena ketibaan Bonda Terchenta & keluarga saya. 

Walaupun CLK kami sangatlah berguna dan menjimatkan, tapi mungkin tak boleh bawak sampai 6 orang penumpang.

Aiyoh, stress! Stress! Apa yang perlu kami buat?

Therefore, kalau pembaca yang budiman tahu kat mana boleh sewa MPV dengan harga yang murah, hopefully boleh la share dengan kami. Tolong sesangat ya! :)

P/S: Suami Terchenta semakin ada alasan kuat untuk beli Exora sebijik!

Yours truly, Jen & Ainie - shop-a-holic comes in threesome

Remember that crazy bunch of friends I inherited way back in JB? Last time when we earned peanuts, we were not so crazy about shopping but we spent quite a lot of time at bowling alleys, movies and the dungeon (a.k.a. our underground office).

But now. Some more, the crime scene is moved to KL, and our paycheques were not so peanuts but probably more like hazelnuts, our hobby seemed to evolve to... shopping.

Well, we were doing it again. Teman-ing Ainie si budak perasan comel shopping for her soon-to-be-hubby's convo in UK. Have you guys any idea of how tiring but hilarious it is?

Moi tak pergi la habiskan duit shopping for those expensive clothes because I had exhausted my shopping allowance this month, and Jen is more like an obedient wife who won't spend money scared her hubby will lecture her. So both of us spent our time becoming free fashion consultants to our darling Ainie.

Nevertheless, no harm in just trying out those clothes, kan Jen? ;)

Jen said, 'Eh, I look pregnant in this baju!'

So much fun we had that these two ladies played hide-n-gotcha! behind flimsy dress:

'Would Chairman marry me on the spot if I wore this transparent top??'

The blouse that both fashion consultants strongly advised against, but Ainie loved it for some strange reasons

Ainie: 'Guess which dress I bought, Chairman? Bet you can't wait to see me!'

'Guess, Chairman, guess... Muahaha!'

After 2 hours of shopping for the perfect dress (phew!), we met up with Survivor and Cik Nanie, and then we had lunch at one of the sushi restaurants at The Garden (tak sedap, garam overloaded and over-priced jugak). Then, I had to quickly sprint to the surau to pray Zohor and back again because Ainie's flight back to JB was in less than 2 hours time.

We all decided to send her off to Subang Airport including Jen who forgot to inform her hubby. She got carried away with all this girls outing! Muahaha! So, Mr Chen did not want to fetch her and Survivor had to send her back to her house. Still it was a fun outing.

I would have included the pix of us at Subang Airport (posing tak ingat laki, amik ko!) but Cik Nanie still had not send it to us :p I sooo need an iPhone a compact camera ;)
Malam ni makan malam kami sangat sempoi. Lepas solat Maghrib, jenguk2 kat dapur. Geledah apa yang ada. Hmm... Bahan2 yang dijumpai:

1. Telur
2. Sayur brokoli yg semakin kuning (muahaha! terserlah kemalasan saya memanaskan kuali akhir2 ni)
3. Beras
4. Bahan2 mentah e.g. bawang, rempah-ratus, cili, kicap, cuka etc.
5. Tomato

Aktiviti menggeledah semakin berleluasa, akhirnya terjumpa...

6. Corned beef (cap halal, buatan Sarawak ok)

Ikutkan hati yang malas, lebih baik amek kunci motor dan 'memasak' di pasar malam. Tapi kerana perut yang lapar lepas berpoya2 di Sunway Lagoon hari ni, ditambah cuaca buruk kat luar (malasnya nak kena pakai baju hujan!), therefore haruslah berfikir nak masak lauk apa dengan bahan2 ittew.

Akhirnya berbekalkan semangat waja & resipi Kak CT (Kak CT, saya pomot ni!), therefore kami suami isteri pon dengan rajinnya memasak makan malam! Caya la beb! These are our lauk malam ni:


Resipi Nasi Corned Beef:
- 1/2 tin corned beef
- 1/4 ulas bawang besar
- Nasi
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Sedikit garam
- Cili (jika suka)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan garam (supaya minyak tak memercik)
2. Tumis bawang besar sampai kekuningan
3. Masukkan corned beef & tumis
4. Masukkan nasi dan gaul rata
5. Goreng hingga sebati

Untuk resipi telur acar, sila klik sini. Oleh sebab bahan2 kat rumah tak lengkap, therefore saya adalah modify sikit2 tapi rasanya tetap heaven. Oh ya, tambah tomato pun sedap ;)

Resipi broccoli butter:
- Brokoli
- Bawang putih
- Sedikit butter untuk menumis

Cara-cara:
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang putih
3. Masukkan brokoli dan tumis

Actually, sebab bawang putih kami sudah habis, saya terpaksa la gantikan dengan...

'Garlic Spread'

Lantak la, janji rasa bawang putih. Betul tak? Muahaha!

Disebabkan kami cuma berdua, lauk-pauk (kecuali sayur) berlebihan tapi tak apa. Boleh panaskan semula untuk breakfast esok pagi ;)
Malam ni saya relaks abis. Ainie budak perasan comel is in town, and that means only one thing - girls night out. So kiteorang hasut Jen supaya ikut, saya hampir2 tarik diri tapi lepas tu saya pulak jadi drebar ke NZ, Wangsa Maju.

The moment Jen got into the car, dia berkata dengan sangat takjubnya, 'Eh, hubby lets you drive ke? I envy you la, can drive in KL dy.' 
'Can la, why not?' Saya keheranan. I'd been driving everywhere - Seremban, Melaka, PD, JB... apa la sangat KL (chewah! Hahaha! Sumpah, ni ayat ajinamoto je).
'Coz my hubby didn't allow la...'
'Why not?' Ainie menyampuk.
'He said he'll only let me drive after he installed GPS in the car. Later scared I got lost la, this la that la...'
'Aiyoh, so caring la MK...'
Saya cuba imajin kalau Suami Terchenta tak kasi driving. Some more, driving my own car. Sure Perang Dunia Ketiga (so far dia bagi la). Tak pe Jen. You wait till your marriage is 3 years old. He'll let you drive with or without GPS.

Dalam kereta, dua orang budak comel seperti biasa, membuat pencemaran bunyi sementara seorang budak comel jadi samseng bawak kereta tengah-tengah bandar (saya la itu). Sampai Ainie jerit2 - 'Ainie, this is how KL drivers drive.' Sebenarnya, tengah sebok pasang telinga sampai drive on auto-pilot mode. Hehe. Madam Chen a.k.a. former Miss Universe (now Mrs), sebok telefon her hubby - 'zhe tou, ni zhe tou ma?' tanya En Chen kalau dia tau tempat lepak kami tu. 'What's the mamak place again, Carn? BRJ is it?' Saya pon tak ingat, tapi saya jawab je, 'Uhuh.' Nasib la Mr Chen, pusing2 carik BRJ tak jumpa. Nasib baik Ainie call Survivor tanya nama tempat.

Tiba2 Jen gelak sesorang, 'You know what, this is actually my 2nd time going out at night with friends since I moved to KL - first time was few months ago when we went to Midvalley!' Ainie & saya geleng2 kepala.

'Jen, get a life!' Ainie.
'Last time we went out EVERY night sampai pukul berapa entah lepak2 & main boling!' Carneyz.
'I know! Hahaha! Marriage has tamed me.' Jen.

We reached NZ and after one round and an illegal turn later, we parked and went to find our port. Ordered drinks and food and started our familiar routine - making dirty jokes and bursting in laughter. It's been a long time since I laughed this way. Been a long time since I had a teh tarik session either. Kesiannya la aku.

After 'huha2' & 'haha2' an hour later, barulah Survivor and Nana came to join us. Gila lama tak jumpa Survivor. Rupa pun dah macam balak mana la. Still, the funny crazy Survivor. Hahaha. Tak jadi nak marah minah Chipsmore ni. 

But then I had to leave already. Dah nama isteri orang kan. Hahaha. Tapi malam ni sungguh la terbalik. The wives went to lepak @ mamak and para suami stayed at home watching tv. Tapi saya baik kan. Drive sendiri, tak mintak ambik pon (ayat ni ditujukan khas kepada Jen).

Huhu. Kalau la boleh buat ni selalu. I miss this moment. I miss them. I miss us.

'Let's name our cafe, 'Queen Wife Cafe'.' Banyak la korang.
Sinopsis minggu lepas:

Lately walaupun dapat 3 hari cuti yg mabeles, saya tetap rasa ketidaksedapan hati. Something akan berlaku, jadi perasaan gabra ni bikin kaki tangan saya berpeluh, haruslah saya mencapai sesuatu untuk buat saya kembali tenang.

Sesuatu = buku katalog Ikea edisi 2009.

Saya ajak Suami Terchenta serbu Ikea. Macam ada sesuatu yg mesti dibawa balik, sebab instinct saya gila kuat akan berlaku peristiwa tak lama lagi.

Suami Terchenta pon setuju. Dia nak bawak balik something jugak sebab kepalanya pening tengok baju+seluar+tudung+etc. bertimbun2 atas tempat sidai tuala dalam bilik kami (maklumlah, kami yg bz bila balik kerja akan campak semua pakaian di situ sebab dah penat. Huhu...).

Ya, benar. Ini ialah Suami Terchenta yg sama, iaitu En Junaidix. Oh, kamu surprise? Sejak bila En Suami Terchenta yg dulu suka sepah2 pening kepala tengok ke-sepah-an? Wakaka! (En Suami Terchenta akan geget2 saya dgn ayat yg tak responsible nih!)

Kisah Shopping Ikea En Suami Terchenta:

Tujuan keluar rumah:
1. Bayar loan rumah di bank @ Ikano. Dalam perjalanan, teringat tak bawak hp. No akaun dalam hp. Bagitau Isteri Terchenta bila dah sampai di bank, Isteri Terchenta histeria dan mula bagi lecture. Nasib baik ada pekerja bank bekerja weekend, Isteri Terchenta suruh cuba nasib tanya beliau kalau boleh dapatkan no akaun bank. Sukses! Isteri Terchenta pergi bayar loan rumah sambil membebel tak habis2, sampailah lalu depan booth Aussino dah beliau ternampak sales hingga 70% lepas tu mood Isteri Terchenta jadi sangat baik. Phew.

2. Beli tempat gantung baju untuk ganti tempat sidai tuala yg tak efektif. Mulanya nak beli yg ni:

'Hai. Nama saya Rigga. Saya ialah tempat gantung baju. Harga saya RM49. Belilah saya...' (Photo source: Ikea.com.my)

Tapi dgn tak tersangka2, Isteri Terchenta dah terpandang ni, lalu beliau sgt jatuh chenta sampai peluk2 sambil buat suara 'uhuk2' dan 'I want! I want!' nya tu!

Bissa Hall Unit (Photo source: Ikea.com)

Oleh sebab saya ialah suami yg baik hati+hensem+sayangkan isteri, therefore saya pon dgn sgt berat murah hati bayar furniture ni (saya cuma nak gantung baju je!). Tapi tak sia2 saya belikan ni untuk Isteri Terchenta:

Multi-purpose. Yeah. Mesti tak percaya kalau kami katakan rak ni muat dalam CLK.

Kisah Shopping Ikea Isteri Terchenta

Tujuan keluar rumah:
1. Bayar loan rumah. En Suami Terchenta terlupa henpon sekaligus terlupa no. akaun bank. Bila dah sampai di bank baru nak bagitau. Geget Suami Terchenta! Mujur ada pekerja bank yang rajin. Saya dah simpan satu copy no.akaun dalam dompet saya.

2. Survey bedsheet. Sekarang tengah sales. Tapi harga still mahal. Ceh.

3. Survey apa barang terbaru di IKEA. Bila saya boleh beli satu IKEA nih...

4. Survey sofa bed. Something yang kuat tu berkaitan dengan sofa bed. Hmm...

The next day, Kakak Terchenta call. 'Ayahanda akan serbu rumah kamu!' Histeria, histeria! Therefore, instinct gila kuat tu ialah supaya saya beli sofa bed sempena ketibaan Ayahanda!

Rushing pergi ke IKEA lagi, pergi membeli sofa bed (sebelum tu, aktiviti ketuk2 kalkulator sambil bincang2 pembahagian harta untuk memiliki sebuah sofa bed):

Sofa bed 'LYCKSELE H├ůVET' from Ikea (Photo source: Ikea.com)

Sayangnya tak muat dalam CLK :p Terpaksa la upah delivery hantar ke rumah kami. Sekarang dah ada sofa bed merangkap katil untuk bilik tetamu. Boleh la ajak ahli keluarga beramai2 datang ke rumah kami (bulan Julai nanti akan panik+histeria lagi sebab Ayah & Bonda Mertua pulak akan serbu rumah!)

P/S: Suami Terchenta sangat heart sofa bed - dah 2 malam dia tido di ruang tamu di atas sofa bed itu :p
Isk, malas nak logout ID Suami Terchenta. Mari blogging sebelum tido!

Owwhhh... Saya takut nak makan ubat. Takutttt! Huhu... Bila makan ubat saya jadi ting-tong. Mabuk, nak termuntah. Badan rasa tak sedap. Aiyoh, seriaaauuuunye makcik!

Huhu.

Tapi kan. Terpaksa telan jugak. Hopefully besok kurang sikit ting-tong.

Huhu.

My mom is the best mother in the world (so everyone says about their mother).

But really. My mom's the best.

Saya anak manja mak sebenarnya. Dulu masa kecik2 selalu tengok bintang sama2. Mak selalu story-telling sebelum tido. Mak tak kerja, jadi selalu ada masa untuk kami adik-badek. Woah. Seronok. Pagi2, lepas bapak pergi kerja, mak suap bubur sambil kami main2x di laman rumah. Pukul 10pagi bila hari dah panas, mak panggil masuk rumah tengok kartun di TV. Lepas tengok tv, mak ajak semua duduk belek buku / majalah (waktu nilah mak ajar kami membaca).  Tengahari lepas makan, semua kena paksa tido. Pukul 2-3 ptg, mak kejutkan. Masa untuk main lagi.

Tapi kami paling suka bila hari mak pergi shopping di kedai koperasi. Walioweh! Semua terlompat2 nak ikut. Bila sampai di kedai, mak kata boleh tengok je, tak boleh pegang. Tapi sebelum balik, semua akan dapat keropok sorang satu. Tak boleh imagine gembira tak hengat dunia sebab dapat keropok / coklat / aiskrim. Childhood's happiness is amazingly simple every day stuffs.

Mak duduk di rumah je, tapi bukan sebab mak tak pandai therefore tak boleh carik kerja. Bukan... Mak dulu top student di sekolah, caya lah mak! Tapi mak suka jadi homemaker. Mak boleh didik anak2, ajar kami memasak, basuh baju, buat kerja2 rumah / dapur. At same time, mak ajar buat homework. Mak ialah my walking & talking dictionary. Kalau tak faham English, sila cari mak di dapur. Mak memang terer English. Mak pon dulu debater English jugak. Terer tak mak saya?

Masa mula2 ada secret admirer kat sekolah, saya rasa sangat tak puas hati. Kenapa ada orang berani suka dengan saya? Mestilah mengadu dengan mak. Dulu semua benda nak mengadu dengan mak. Tak dapat markah 100, kena ejek kawan, kena marah cikgu. Sambil mak memasak, sambil saya jalan mundar-mandir potpetpotpet cerita 1001 masalah kat mak. Pastu mak akan buat lawak, kami ketawa sampai golek2x! Seronok, seronok. Mak saya selalu buat lawak. Life saya selalu sangat ceria, sebab ada lawak mak yang funny.

Dulu masa sambung study kat UTM, mak tak de nangis2x. Sebab takut saya nangis. Hehe. Walaupun dah habis Form 5, saya dan mak pergi ke kedai sambil pegang tangan. Potpetpotpet. Mak memang best. Dia akan belikan saya coklat. Woohoo! Sampai sekarang makan coklat akan ingat mak.

Mak, saya rasa life saya best sangat sebab ada mak. Mak paling best dalam dunia, kalah Suami Terchenta (Suami Terchenta pon kata, 'Mak saya lebih best daripada Isteri Terchenta'). 

To my ibu mertuaku, sayang mak jugak. Terima kasih sebab lahirkan Suami Terchenta yang sungguh adorable tu ;)

To my mother & mother-in-law, Happy Mother's Day! I love you always!
Sejak bila entah perkara ni berlaku.
Mula-mula saya cuma tengok. Then saya tengok lagi. Then tangan saya mula capai.
Akhirnya saya terjebak dalam ketagihan ni.
Ketagihan beg tangan.

OMIGOD!!!! Carneyz, you are so makcik-makcik now!

Hari ni bangun dengan penuh semangat, sebab akan sambut Single Married Ladies' Day. Saya dgn seorang lagi Single Married Lady (SLM) merangkap best friend dari zaman uni, keluar berfoya-foya sambil menggelapkan wang di poket sendiri. Dasar SMLs! Tapi tak mengapa. Sesekali, bukan dua-tiga kali pun.

Kedua-dua SMLs melarikan Sang Kancil ke Sogo. Sogo sales dengan hebatnya! Kami sangat gung-ho masuk dan ikut orang ramai serbu barang2. Seronok, seronok. Pegang beg sana, pegang beg sini. Posing sini-situ. Akhirnya kami buat keputusan - next time kami datang ke sini, kami akan beli beg tangan sorang satu! Ambik kau!

Jalan-jalan di Jalan TAR. Masuk salun, buat facial (sebab kulit muka saya dah takde bezanya dgn kertas pasir). Melayang lagi duit. Keluar dengan muka licin dan dompet ringan. Jalan-jalan sampai terjumpa beg purple yang cantek:

'Kak Lin, meh la tgk beg purple nih. Cantik kan?'

Siyes, beg ni sangat cantek. Harga pun boleh tahan. KIV dulu lah. Ekspedisi carik beg diteruskan.

Jusco Taman Maluri. Dammit. Kalau tau, mesti awal2 lagi menggedikkan diri di Jusco. This time, terjumpa beg ini:

I loike! I loike!

Bila tengok tag harga, 'I loike, I loike' tadi telah bertukar menjadi 'I dun loike! I dun loike!' KIV lagi.

Akhirnya lepas berhempas-pulas bergaya di depan cermin sambil pegang beg-beg ittew, saya pun dgn berat hati membulatkan tekad. Akan beli sebijik beg dokumen yg ini:

Keputusan yang sungguh mengejutkan :p

Temubual bersama Black Bag:


Makaseh sebab beli saya... Walaupun beg2 ittew sangat menawan, tapi saya berjaya menggunakan strategi lain - harga & fungsi. Jadi, sebab itulah saya layak dinobatkan sebagai pemenang. Makaseh sekali lagi!

Sesi shopping-bergaya-memenatkan kaki dua SMLs merangkap bag-a-holics akhirnya tamat jam 11malam. Hehe. Isteri siapa la ni, ye bang? ;p
Wanita kerjaya = sucks.

Semalam keluar ofis pukul 9mlm. Sucks. Beli tiket lrt, call Ayahanda Terchenta. Oh, sudah sampai rumah. Bagus2x. Agak kesal sebab tak dapat menghantar orang tua sendiri pulang ke kampung. Apa nak buat. Jadi wanita kerjaya yang ada meeting whole day memang begitu. Sucks.

Walaupun badan saya sangat penat, dalam lrt sempat lagi buat kerja. Huhu. Harus bagi tamparan kepada diri sendiri. Dulu beriya2 nak sangat kerja ni kan, amik lah! *Tempeleng diri-sendiri*

Saat2 macam ni, saya rindukan Pakcik Trump.

...

Apa yg saya melalut nih? Pakcik Trump dera saya lebih dahsyat. Saya balik ofis pukul 3 pagi. Saya mati-matian siapkan proposal utk Pak Lah sampai tak tido. Saya kena pergi meeting pukul 10malam! Semua gara-gara Pakcik Trump!

Maafkan saya. Otak saya penat sebenarnya, jadi berhalusinasi sekejap.

Saya mahu bukak bisnes sendiri saja. Siapa mau jadi bisnes partner saya sila angkat tangan! Kita bukak kafe dan lepak hari-hari. Apa macam?

Bila jadi macam ni, alangkah bagus jadi tukang angan2 profesional :p