Bag-a-holics!

Sejak bila entah perkara ni berlaku.
Mula-mula saya cuma tengok. Then saya tengok lagi. Then tangan saya mula capai.
Akhirnya saya terjebak dalam ketagihan ni.
Ketagihan beg tangan.

OMIGOD!!!! Carneyz, you are so makcik-makcik now!

Hari ni bangun dengan penuh semangat, sebab akan sambut Single Married Ladies' Day. Saya dgn seorang lagi Single Married Lady (SLM) merangkap best friend dari zaman uni, keluar berfoya-foya sambil menggelapkan wang di poket sendiri. Dasar SMLs! Tapi tak mengapa. Sesekali, bukan dua-tiga kali pun.

Kedua-dua SMLs melarikan Sang Kancil ke Sogo. Sogo sales dengan hebatnya! Kami sangat gung-ho masuk dan ikut orang ramai serbu barang2. Seronok, seronok. Pegang beg sana, pegang beg sini. Posing sini-situ. Akhirnya kami buat keputusan - next time kami datang ke sini, kami akan beli beg tangan sorang satu! Ambik kau!

Jalan-jalan di Jalan TAR. Masuk salun, buat facial (sebab kulit muka saya dah takde bezanya dgn kertas pasir). Melayang lagi duit. Keluar dengan muka licin dan dompet ringan. Jalan-jalan sampai terjumpa beg purple yang cantek:

'Kak Lin, meh la tgk beg purple nih. Cantik kan?'

Siyes, beg ni sangat cantek. Harga pun boleh tahan. KIV dulu lah. Ekspedisi carik beg diteruskan.

Jusco Taman Maluri. Dammit. Kalau tau, mesti awal2 lagi menggedikkan diri di Jusco. This time, terjumpa beg ini:

I loike! I loike!

Bila tengok tag harga, 'I loike, I loike' tadi telah bertukar menjadi 'I dun loike! I dun loike!' KIV lagi.

Akhirnya lepas berhempas-pulas bergaya di depan cermin sambil pegang beg-beg ittew, saya pun dgn berat hati membulatkan tekad. Akan beli sebijik beg dokumen yg ini:

Keputusan yang sungguh mengejutkan :p

Temubual bersama Black Bag:


Makaseh sebab beli saya... Walaupun beg2 ittew sangat menawan, tapi saya berjaya menggunakan strategi lain - harga & fungsi. Jadi, sebab itulah saya layak dinobatkan sebagai pemenang. Makaseh sekali lagi!

Sesi shopping-bergaya-memenatkan kaki dua SMLs merangkap bag-a-holics akhirnya tamat jam 11malam. Hehe. Isteri siapa la ni, ye bang? ;p

0 comments:

Post a Comment