Futsal!

Source: Click here

Semalam ofismet ajak main futsal di Ampang Sports Planet. Aku macam gagah je join sekaki. Ala, apa nak takot? Futsal je... Wakaka! Haruslah kata-kata bongkak ni disumbat dalam tauhu sumbat, lepas tu kasi aku makan. Tengok la muntah ke tak muntah darah makan kata2 sendiri.

Pertama kali dalam beberapa bulan ni, aku keluar awal dari ofis. Pertama kali dalam hidup jugak, aku menjejak kaki ke Kompleks Sukan Ampang. Perggh...! Perasaan aku excited, blur dan tak sabar2 nak sepak bola ala2 Beckham. Tengok tu, bini siapa la macam jantan tu kan... En Junaidix, sila tuntut wife anda sekarang!

Kakak ofis aku dah hint awal2 - dieorang ni team yang terer futsal. Agaknya kepala aku masuk angin kot. Part 'terer' tu aku macam tak dengaaarrrr je. First time jumpa dengan budak2 yang lain, aku agak terkedu. Mereka ini wanita2 yang comel. Tapi sangat la perkasa. Dua orang pakai shorts macam footballer. Woah. Nasib baik kromosom aku pun XX jugak. Ngee. Tapi semua mereka baik2 belaka. Walaupun aku kata aku tak pernah lagi sepak bola, apa lagi main futsal mereka still teruja sebab dapat member baru (sampai la mereka tengok aku main. Wakaka!)

Sebelum main, aku & akak ofis kuis2 sepak2 bola. Ala2 warm up la gittew... Then semua masuk court, dan start lari 5 pusingan. Gagah ok. Aku cam biasa, semangat waja awal-awal. Sangat innocent, tak tau lagi tinggi rendah langit...

Then kiteorang buat bulatan. Semua tendang bola at each other. Warm up lagi. Aku tendang bola. Not bad. Mula2 sepak ala2 perempuan, lepas tu dieorang sepak tinggi2 dengan kelajuan yang boleh membunuh anak kucing, barulah aku sedar diri. Mak ai, gila terer awek2 ni! Kecut perut bila bola meluru ke arah aku dgn kelajuan 30km/j! Ngeri, ngeri...

Tapi yang tak tahannya, bila game start. Aku adalah sangat KAKI BANGKU! Hahaha! Siyes, aku sendiri pun tak faham. Tendang bola dah betul. Tapi tak masuk gol. Sepak bola nak bagi kat teammate, tapi terbagi kat lawan. Bila aku dapat bola, orang semua terkam aku, aku cepat2 tendang sesuka hati, sebab aku TAKUT! Muahaha! Takut orang sepak kaki aku! Terserlah sifat keperempuanan aku ok! En Junaidix, sila tuntut wife anda balik!

Lepas setengah jam, kiteorang berenti rehat. Kali ni, datang sekumpulan teruna. Mereka juga adalah gagah-gagah belaka. Ofismet aku boleh ajak dieorang main futsal sekali! Aku terasa macam nak pengsan. OMG, dah la aku dimalukan main futsal dengan kaum sejenis, ni nak main futsal dengan kaum jantan, kompem keesokan harinya nama aku akan naik satu bangunan KLCC tu as 'worst player in the century'!

Tapi kan. Aku tak tau macamana nak undur diri. Dengan senyum kelat, aku pon ikut semua yang lain masuk court. Kesudahannya:

Team aku kena belasah teruk. 8-2. Gara-gara aku.

Huahuahua! Ini ialah tangisan dalam ketawa.
Taubat. Aku tak mau main futsal dengan kaum jantan lagi.
Aku tak mau ulang peristiwa hari semalam!
En Junaidix, sila bawak balik rumah isteri anda sekarang!

Hari ni. Badan aku sakit-sakit. Kaki macam kena tumbuk 100 kali. Ini ialah padahnya bila cuba main game orang jantan :p Tapi, adakah aku akan serik? Maybe minggu ni, tapi next time aku mesti lupa dan ikut orang main futsal lagi! :p

p/s: SisLin, Kak Linda, Kak Ret, Sishoney, Umie... Jom kita turun padang court! :D

0 comments:

Post a Comment