Weekend Lepas

Mak saya suka dengar lagu Hindi. Suka dengan bangat sekali. Suka sampai ajak saya pergi Low Yat untuk cari modulator & USB drive untuk download lagu2 Hindi. Pergh. Ibu-ibu zaman sekarang adalah sangat hi-tech.

Tapi bila dah dapat apa yang diidamkan, dia tak pandai pulak nak download lagu dari Internet. Haruslah saya & adik saya jadi cikgu terjun tolong ajarkan cara nak convert Youtube jadi MP3. Tapi. Mak saya seumur hidup sebelum ni tak pernah pegang mouse, tiba-tiba nak suruh convert Youtube jadi MP3?? Apekah?

Mak saya terkial-kial sebab baru je belajar click & right-click tu apa. Nak masukkan nama lagu dalam kotak search pun separuh menangis jugak saya & adik saya mengajar. Apa lagi nak ingat step2 ni:

1. Taip 'youtube' kat kotak address dan tekan Enter
2. Taip nama lagu dalam kotak Search
3. Klik video clip yang nak di convert
4. Select url lagu. Right click untuk copy
5. Bukak software converter, tekan butang 'Youtube'
6. Paste url
7. Tekan butang 'Convert'

Untuk orang yang baru first time berjinak-jinak dengan mouse, korang rasa ni bukan sangat impossible ke?

Tiga hari jugak la emak kesayanganku praktis, tapi mungkin sebab benda baru (baru belajar la kan) jadi otak beliau mengalami culture shock. Mak selalu je lupa step2 di atas. Sampai la, saya bagi example guna aktiviti faveret beliau. Shopping.

'Mak, katakan la Youtube ni pasaraya Gi*nt. Mak kenalah tau nak pergi ke mana (taip URL youtube). Sampai sana, mak nak cari tepung (search nama lagu). Bila mak dah jumpa tepung, mak kena decide nak tepung brand apa (klik video clip). Bila dah jumpa, mak pun amik, letak dalam shopping cart (copy url lagu), pastu mak pergi ke kaunter bayaran (software converter). Kat kaunter, mak letak tepung atas kaunter (paste url). Then mak bayarlah (Convert), barulah mak dapat beli tepung (download lagu).'

Saya harus tepuk bahu sendiri sebab boleh come up dengan analogi spontan ni. Yang sangat bestnya, lepas tu mak sangat cepat tangkap. Sekarang, mak dah terer download lagu. Huhu...

Apapun, syabas kepada mak sebab dah pandai guna Internet! :D

4 comments:

  1. wowweeee bagus nya mak ko mok cuba...mak aku xmok lalu cuba intenet tok...hehee

    ReplyDelete
  2. hahahah...kelakar nya...

    ReplyDelete
  3. Amy --> sbb nya mok gilak lagu2 hindi ya.. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Dikyah, bila mok pegi rumah agik? :)

    ReplyDelete