Weekend @ Canopy Walkway

Dua bulan kebelakangan ni, life sangat busy sampai aku jarang ada di rumah wiken. Kadang-kadang aku heret Suami Terchenta sekali temankan aku outstation. Kadang-kadang kami jadi weekdays couple (hahaha, orang lain jadi weekend couple, kami jadi weekdays couple) :p

Nak buat camane. Life as kuli korporat, berkorban demi negara, demi rumah baru yang perlu wang banyak, demi. WHATEVER. Akan aku perbanyakkan lagi doa supaya Suami Terchenta cepat-cepat kaya supaya aku boleh duduk di rumah macam wife2 yang normal.

Tapi weekend lepas, kehidupan gila as kuli korporat akhirnya semakin pulih dan slow down. Finally ada masa lapang untuk Suami Terchenta. Hooray! Therefore, tanpa membuang masa kami meneruskan aktiviti riadah hujung minggu secara sihat, walafiat dan sejahtera...

... iaitu jungle-trekking di FRIM.

Sebenarnya dah banyak kali jugak la kami ke sini, cuma this time kami dapat naik Canopy Walkway. Bayaran cuma RM5 sorang. Aku suka pergi ke FRIM pagi-pagi. Boleh nganga mulut besar-besar, makan angin yg segar. Cuaca pun tak panas sangat nak berjalan-jalan di dalam hutan simpan. Dan boleh jumpa pokok berbahaya (awas! pokok ini pembunuh!):

Suami Terchenta - pokok hazardous! Di manakah pokok itu?

Ini dia pokok bahaya!

Kalau korang ingat nak sampai Canopy Walkway tu kacang je, haruslah aku beritahu ni:

Memandangkan aku dah lama tak pegi gym / exercise, jungle-trekking kali ni sungguh mencabar iman. Percayalah. Yang peliknya, Suami Terchenta yg langsung tak penah masuk gym tu (tipu, dia penah masuk sekali, lepas tu dia taubat ok!) rilek je. Bahkan, beliau siap tolak aku ke depan sambil bagi kata-kata perangsang (owh, bahayanya...) supaya aku tak jatuh pengsan kat situ jugak!

Suami Terchenta, for that reason I love you! (yucks! pembaca blah dari blog)

Lepas 30 minit mendaki, akhirnya kami sampai ke Canopy Walkway tu. Sambil betulkan nafas yg tercungap-cungap, sambil beratur nak naik jambatan gantung. Finally, giliran kami:


Posing dulu, masih bersemangat waja.

 Separuh jalan, aku dah cuak giler. Erk, boleh patah balik tak?


Tapi life perlu diteruskan jugak. No turning back! (no looking down either! Gayat!)

Suami Terchenta berjalan dengan cool je. Aku yang cuak, suruh dia pegang tali kuat2x..

Akhirnya sampai jugak. Aku still ketakutan seyh, sampai kena gelak tourist dari Belanda.

On the way balik, kami ternampak segerombolan semut tengah punggah rumah, nak pindah rumah baru jugak la tu.

Dan ni pemandangan yg paling cantik di FRIM:

0 comments:

Post a Comment