Bersuka-ria di Air Terjun Gabai

Semalam adalah hari yang sangat fun.
Telah keluar berpoya-poya dengan suksesnya bersama Fab 1+1.
Fab 2 telah terkena buatan orang, dan sejak itu telah muntah-muntah dan tamo keluar rumah.
Fab 3 & 4 jauh di perantauan. (Sapa suruh buang diri di sana?)
Dan saya selaku Fab 5 telah mengkidnap En Suami Terchenta untuk join sekaki, bersuka-ria di Air Terjun Gabai.






Ada menarek?

Malam sebelumnya, Cik Nana telah calling2x:

Nana: U jadi tak pergi piknik di Gabai Falls ni?
Carneyz yang comel : Jadi, jadi... I nak bawak nasi lemak tau.
Nana: Ok, I bawak sandwic dengan air.
Carneyz yang comel: Pukul 4pm di Lookout Point tau. Jangan lambat.

Pukul 4.30pm, baru tiba di Lookout Point. Cis. Sungguh janji Melayu. Bukan salah kami, kebetulan hari ni ialah hari Thaipusam, dan kami tinggal di Batu Caves. Sungguh kelupaan.

Mujur kami datang lambat, therefore boleh la parking di dalam. Bayaran masuk ialah RM1 seorang. Boleh la, memandangkan kawasan air terjun ni perlu dijaga. Kalau tak, mungkin lebih menyerupai tempat pelupusan sampah-sarap. Rakyat kebanyakan masih punya mentality yang very pathetic, suka mencemarkan kawasan pelancongan.

Anyway, setibanya di sana, kami terus la tergedik2 menaiki tangga dengan semangat tinggi. Halfway, kami sudah pancit. Huhu..! Terus la berhenti di separuh jalan, dan cari port sesuai untuk berkelah. Maka aktiviti pertama ialah melantak nasi lemak. Aiseymen. Terlupa ambil gambar kami bersantap dengan seleranya.

Tiba-tiba datang seorang pakcik lalu menengking kami, 'Hoi! Siapa suruh turun ke situ? Tak nampak ke tempat masuk tu bertutup??' Amboi, budi bahasa budaya kita... penat YB Najib promote budi bahasa dengan iklan menelan belanja juta-juta. Tapi, mungkin pakcik tu concern takut kami jatuh tergolek2 ke bawah. Saya boleh bayangkan betapa comelnya kami bergolek-golekan macam kentang dari puncak air terjun sampai ke bawah. Sebelum pakcik tu datang dan tolak kami semua, perlulah berkemas-kemas untuk cari port lain.

Akhirnya memutuskan untuk turun semula ke bawah. Lepas meletak barang-barang makanan, kami teruslah menyerbu air terjun yang dingin.
SEJUK TAU!
Tapi fun giler, wa cakap lu.


Macam kanak-kanak hingusan, kami menyerbu ke bawah air terjun macam orang tak penah jumpa air sebelum ni. Dan apa lagi, sesi cam-whoring pun berjalan:


Best giler water therapy!

Encik Suami Terchenta pun tak nak ketinggalan, bercam-whoring sama-sama:

  

Siapa ambil gambar saya tengah tak bersedia ni? Dilla, gigit karang!

 

Thank you Nana & Dilla, sebab ajak buat aktiviti wiken yg menarek. Sebenarnya malam semalam kami nak pergi ke Kampung Kuantan jugak, nak tengok kelip-kelip di malam hari. Tapi bila sampai di rumah, hujan membuatkan plan kami terbantut. Lagi kerana review di Internet mengatakan lebih baik sampai di sana sebelum pukul 11pm. Therefore, maybe next time buat aktiviti Tom Sawyer, bak kata Dilla.
Lastly, gambar kami berempat:


Air Terjun Sg Gabai cuma terletak 30minit dari KL. Nak pergi ke sana, kena melalui Ampang menghala ke Lookout Point. Seterusnya, straight sampai ke traffic light dan belok ke kiri. Dari traffic light, akan mengambil masa 20 minit lagi untuk sampai ke air terjun. Kemudahan di sana termasuk surau, bilik air dan jugak gerai menjual makanan. Pelawat dikenakan bayaran RM1 seorang (dewasa) dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Weekend adalah amat penuh dengan orang mandi-manda, so datang awal / lambat macam kami. Jangan lupa bawak makanan tapi silalah jangan buang sampah merata-rata. Anda akan dimarahi oleh pakcik yg garang. *wink*

Hidup cuti-cuti Malaysia!

0 comments:

Post a Comment