Bersyukur la jadi...

Semalam saya baru balik dari Kuantan. Trip 2 hari. Macam biasa, uruskan program. Penat, tapi saya rasa terhibur sedikit. Kawan-kawan dari Kerteh sangat heaven. Saya memang heart mereka semua :)

Anyway, dalam program ada satu slot bersama Ustaz. Ustaz kami telah membuat lawak yang saya rasa, sungguh la outrageous tapi boleh diterima akal.

Lawak Ustaz #1: Bersyukur
'Kamu,' Ustaz menunjuk seorang participant.
'Kalau Allah jadikan mu babi, mu suko dok?'
Sepantas kilat, beliau menggeleng-gelengkan kepala.
'Bakpo mu dok suko?' Ustaz tanya.
'Iskh... haram Ustaz. Najis berat...' Beliau menjawab.
Semua orang angguk-angguk kepala, tanda setuju.
Semua kecuali mereka yang berkecuali (hehehe...)
'Kamu tau dok, babi tu setiap hari mengucap 'Alhamdulillah' sebab dia lahir sebagai babi.' Ustaz berkata dengan sangat serius.
Erk. Apakah??
'Sebab dok ramai orang makan dia. Alhamdullilah, ana jadi babi, tak dok orang nak makan ana...'
'HAHAHAHAHA!'Tiba-tiba dewan bergema dengan gelak ketawa.
'Mu tau dok, ayam tu makhluk yang paling susah hati? Sebab orang Melayu, Cina, India semua makan dia. KFC dok sibuk carik ayam.'
OMG. Ustaz ni dari mana la beliau dapat idea yang sungguh outrageous ni?

Lawak Ustaz #2: Lembap
Ustaz dok pandang saya tengah cek email.
Maklumlah walaupun tengah outstation, haruslah saya tidak mengabaikan kerja di ofis pada saat-saat genting ni.
'Ustaz nak cek email ke?' Saya tanya dengan sopan-santun. Segan ma.
'Kalau tak menyusahkan.' Ustaz pun bersopan-santun dengan saya.
Lepas saya log out, saya pun beri Ustaz pinjam notebook.
'Maaf la Ustaz, Internet lembab sikit.'
'Lo... kalau lembap, mu lap la dengan kain buruk.' Ustaz dengan selamba menjawab.
Apakah???

Hehehe. Sungguhpun begitu, Ustaz sangat la berdedikasi dengan tugas beliau. Selain dari CEO kami, dia orang kedua busy dalam company.

Huaargh. Hari ni sangat la malas. Tapi saya rasa seronok sebab dapat cuti 4 hari. Cuma tak best nya, Suami Terchenta tak dapat cuti. Huhu... Kalau tak, saya dah lama beli tiket balik Sarawak. Tapi, sebab kami baru-baru ni membuat 'investment terkejut', jadi tak dapat la nak balik ke sana.

Hmm. Mungkin hujung bulan depan, saya mau ajak Bonda Terchenta datang ke sini sempena besday beliau.

2 comments:

  1. kelaka betul la ustaz tuuu..

    ReplyDelete
  2. Teacher: Yup, dia mmg suka masukkan unsur2 humor dalam dakwah beliau ^_^

    ReplyDelete