Early Morning Trippin': Broga Hill

Psst. Kamu nak tengok aksi2 hyper kami pagi tadik??







Puas.
Walaupun terpaksa keluar dari rumah seawal 5.30pagi.
Lagi terpaksa parking sebatu jauhnya dari kaki bukit.
DAN.
Melawan graviti untuk sampai ke puncak.
Tapi kami puas.

WELCOME TO BROGA HILL, BEBEH!

Buat sesiapa yang tak tau Broga Hill tu apa, dan kat mana. Broga Hill terletak di Semenyih, half an hour je dari KL. Ia ialah tempat hiking yang sangat tinggi, dengan view yang sangat chantek. Macam kat overseas gitew. Silalah google Broga Hill.

Sebenarnya senyuman dalam gambar ialah senyuman lepas sejam sampai ke puncak. Nak sampai ke puncak, Tuhan saja yang tau! Mintak nyawa ok! Korang ingat kami boleh melompat kijang terus lepas naik ke puncak tu?? Oh tidak! Serius capek. Pancittt....

Saya sendiri yang jadi tukang bikin plan terkejut mau menangis2 tergolek-golek nak sampai ke puncak. Hanya sebab respek dengan CM & Kak CT yang steady menapak ke puncak bukit memaksa diri saya kontrol macho cun walaupun setiap inci peparu saya nak terbakar! Jantung saya nak pecah! Hati saya haru-biru sebab tak bawak makanan hatta sekeping coklat pun, dan perut pon mula buat lagu keroncong.

Penat.. fuhhh... penat... penattttt....

Sampai je di puncak, CM & Kak CT kelihatan tersepuk di sebalik lalang tinggi. Sama-sama capek. Tapi saya harus bagi kredit sebab berjaya sampai ke puncak lebih awal dari kami. Hehe. Walaupun Kak CT baru baik dari gastrik, dan CM terpaksa makan ubat darah tinggi dengan sekotak air Milo. Caya lah! Akhirnya hasrat CM nak amik gambar sunrise terbantut, sebab nak angkat kamera pun dah tak terdaya...

Sama-sama melepas lelah di sebalik lalang...

Lastly, naik bukit dan sekian mencabar, nak turun bukit pun tak kurang mencabar. Silap teknik, jadilah macam Suami Terchenta - sakit pinggang. Kesian En Suami... Nasib baik ada ubat di rumah.

Apapun, akhirnya berjaya jugak mencapai hasrat untuk merakam gambar di Broga Hill ni. Thanks CM & Kak CT yang sporting join kami, dan En Suami Terchenta yang sekarang sedang mengalami masa kecederaan.

Nak hiking kat Broga Hill lagi? Maybe not now!

5 comments:

  1. laaaa mati mati kuingat broga hill tu kat indon.sound nama nye macam kat indon..hehehe nanti leh try la panjat broga hill

    ReplyDelete
  2. wahhh mcm best jak broga hill tok...will give it a try mun ada kesempatan klak

    ReplyDelete
  3. Teacher > broga hill tu nama je gempak, tapi kat KL je. Hehe. Tapi view atas mmg chantek. Klu ada masa, datanglah ke sana ;)

    ReplyDelete
  4. Amy > yalah. u should ;)

    ReplyDelete
  5. sekali datang memang terasa nak datang lagii..cayalah =)

    ReplyDelete