Happy New Year 2010!

Ini ialah Carneyz, membuat laporan tahun baru menggunakan ID Suami Terchenta. Saya malas nak log out dan login semula. Hahaha. Adakah ini attitude semasa tahun baru? Cis. Memang tak boleh harap.

Sebelum saya membebel rentetan malam semalam yang boleh bikin kami dapat anugerah pekerja paling berdedikasi di akhir 2009 (cewah!), saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 KAWAN-KAWAN! Sila doakan tahun ini keluarga kami akan bertambah Mr + Mrs Junaidix + Junaidix Jr. + Carneyz Jr. HAHAHAHA! Tamak kan saya? Orang lain nak anak sorang, saya nak double dose. Tapi sebenarnya kalau boleh. Saya nak SEORANG ANAK BAGI SETIAP TAHUN KAMI DAH MEMBINA RUMAHTANGGA INI (En Junaidix tak hiraukan saya dengan angan-angan extreme ni, beliau sedang tergolek di atas katil sensorang sebab kepenatan bekerja keras semalaman - ooii, dia bekerja keras sebab ni ye. Bukan projek multi-million dollar kami tu (PERINGATAN: Blog ini mesra keluarga dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak dibenarkan.)

Berbalik cerita malam semalam. Semalam kami balik kerja awal. Setelah singgah sebentar di Low Yat membeli casing handphone saya yang baru. Kesian sama itu handphone, bertelanjang bulat sejak bajunya hilang. Lagi sentiasa jatuh dan berkecai. Apa ko ingat hp tu RM2 je Carneyz??

Back to storyline asal. Sampai je di rumah, kami pon makan malam yang tak seberapa, lepas tu dengan kadar segera kembali menghadap laptop masing-masing. Hidupkan Internet, online kan YM. Siyes giler comel kan? Duduk serumah pon nak YM each other. Keskeskes... Nanti saya bagitau sebab apa kena pakai YM.

Maka bermulalah tempoh bekerja keras di luar waktu pejabat yang berakhir pukul 5.30pg tadi. En Suami sebagai web engineer mulalah memasang rangka-rangka yang sepatutnya. Saya sebagai kuli batak designer tak bertauliah mula bersilat dengan kekasih lama saya, En. Adobe Photoshop CS4 (sebelum saya terjebak ke kancah perkahwinan, chenta hati saya ialah En Photoshop yang gagah perkasa lagi bikin hati saya teruja). Selesai satu design, saya hantar file tuh kat En Junaidix menggunakan YM. Apa kes nak hantar email maupun thumbdrive. Cehcehceh...

Sesambil tu kami menonton citer FaceOff, diikuti Da Vinci Code. Ini ialah environment kerja yang saya suka. Bilalah kami dapat bekerja di rumah saja nih! Boleh tengok tv sambil buat kerja yang saya suka (iaitu bersilat dengan En Photoshop).


Sebenarnya kerja-kerja contengan website tuh tak la terlalu susah tapi sebab saya dah lama simpan skill design dalam kotak lepas tu kunci dan buang kotak itu jauh-jauh ke dasar hati saya memandangkan kerjaya saya yang sentiasa seboks, jadi pada mulanya saya jadi kekok. Nak cari brush pon terkial-kial. Wakakaka! Apa lagi nak buat animated gif. Ko gila berpeluh-peluh aku malam kelmarin. Bagai hilang akal. Tapi sedikit demi sedikit, ingatan saya kembali pulih. Akhirnya tercetus design-design yg tak seberapa ini.

 Tahun ni jugak kami bercadang hendak melibatkan diri secara sukarela dan dengan semangat sivik yang tinggi, untuk menghidupkan Msjbox (iaitu chenta hati pertama Suami Terchenta). Jadi harap-harap kawan-kawan akan menyokong usaha murni kami yang gigih ni... ok?

Selamat Hari Raya, eh! Tahun Baru uols! :)

0 comments:

Post a Comment