Our Weekend Project

Di department saya, asal meeting je, kakak yang buat tempahan makanan akan tanya kat saya,

'Dik, nak fruit tart ke?'
Saya pun akan jawab, 'Of course!'

>Sigh< Saya memang heart fruit tarts. Sampai kakak tu dah tak payah tanya lagi. Meeting saya je, ada fruit tarts. Fruit tarts je, meeting saya. Tea lady sorong fruit tarts masuk bilik meeting je, orang dah tau itu meeting saya. Wakaka! Dramatik kau, Carneyz!

Sempena cuti CNY, adik saya menghabiskan cuti beliau di rumah kami memandangkan semua housemates nya dah balik kampung.

4 hari bercuti tanpa plan apa-apa, haruslah kami berfikir untuk melakukan projek. Maka, dengan semangat tinggi  + birthday adik pun dah nak dekat (esok!), kami launch projek besar-besaran di rumah!

Iaitu...

Weekend Project - by Carneyz & Miss Dekyah

Fruit Tartlets
Resipi adalah dicilok dari blog Dapur Kak CT. Yummy! Thank you Kak CT! :)

Wakaka! Saya malas nak salin resipi di sini jadi kamu haruslah rajin ke blog Kak CT yang marveles tu. Boleh bikin perut lapar.

Anyways, sebagai bukti usaha gigih kami dari malam semalam (membuat pastri / kulit tart adalah sangat menjenuhkan!), dilampirkan di sini sekeping gambar berukuran 578x408 px untuk makluman pihak tuan dan puan <-- apakah ayat skema ini?? :


Selama ni tau membedal je tak tau pun proses-proses membikin fruit tartlets ni. Sepatutnya untuk menambahkan kecomelan fruit tarts ni, perlu letak buah kiwi, buah anggur dan buah strawberry. Tapi di tengah-tengah bulan yang sempit ni, cuma boleh letak dua jenis buah - buah anggur dan buah kiwi.

Masa potong buah kiwi pula, rupa2nya buah kiwi itu tidak sehijau yang disangka! Kreatif! Kreatif! Therefore apa lagi, celuplah dalam pewarna merah kasi nampak anggun lagi sama fruit tartlets kami. Jeng, jeng, jeng! Anggun tak? Comel tak?

Rasanya pun sama macam yang selalu di order dalam meeting. In fact, kadang-kadang kulit tart dalam meeting rasa terlebih tepung tapi resipi Kak CT ni, pastri nya rasa manis dan secukup rasa. Boleh la meneruskan usaha gigih lagi lepas ni :)

Akhir sekali, saya nak ucapkan "Happy Birthday" kepada kakak dan adik saya yang bakal menyambut hari lahir ke *tuuuttt* pada 15hb Februari 2010 (esok!). Kepada kakak kami, kami akan makan fruit tarts ni bagi pihak beliau *wink*

Also, Happy Chinese New Year to all my friends who celebrate CNY!

2 comments: