Untuk yang Tidak Berapa Shopaholics.

Pernah tak korang terasa nak pergi shopping baju tapi macam malas nak keluar + tak de idea nak beli baju fesyen apa? Ataupun tengah cari inspirasi fesyen yang sesuai tapi malas nak keluar masuk dressing room? Yalah kan, kena tanggalkan tudung, bukak butang baju, tanggalkan seluar (ok la, korang tau la apa yang perlu dibuat semasa proses buka baju). Lepas tu, pasang balik, keluar cari baju lain, masuk balik dressing room dan mengulangi perbuatan yang sama.

Untuk someone yang tak suka buat benda yang sama berulang-ulang macam saya, process membeli-belah baju sometimes sangat meletihkan. Melainkan saya memang ada mood nak mencuba pakaian. Tapi selalunya tak. Ditambah dengan En Suami Terchenta, lepas 10 minit je dah buat muka boring. Dah bising nak balik. Dari ada mood, terus la mood jatuh merudum.

Sekarang mungkin tak lagi. Sekarang apa yang perlu saya buat ialah mencuba fesyen yang saya suka di Looklet. Macam main anak patung. Lepas tu bila dah jumpa 'Look' yang saya suka, saya boleh la try cari baju yang lebih kurang serupa dengan 'Look' yang dah saya create tu.

Contohnya:

Pakaian yang sesuai untuk keluar tengok movie dengan Suami Terchenta

Tapi melainkan duit korang berkoyan-koyan la kan, mesti korang akan try untuk cari pakaian yang versatil dan boleh pakai untuk apa saja. Contohnya, tank top hitam boleh dipakai untuk beriadah di gym atau sebagai vest untuk ke pejabat:

Vest hitam dipadankan dengan tracksuit maroon dan jaket hitam

Vest hitam dipakai dengan blaus lengan panjang, dan seluar hitam

So, yes. Ini ialah aktiviti yang sangat fun, sebab ada banyak choice pakaian dan aksesori yang boleh dipadankan.

P/S: Cubalah ada model lelaki jugak, supaya saya boleh try cari 'Look' yang sesuai untuk En Suami Terchenta.

2 comments:

  1. online shopping pun ok gak hehehehe

    ReplyDelete
  2. online shopping tu belum ada hati nak try lagi. Hehehe.

    ReplyDelete