Last week adalah menyeronokkan. Tetiba kami mengalami percutian mengejut sempena Hari Keluarga ofis saya.

Tempat yg dituju ialah Felda Hot Spring, Sg Klah di Perak. Dari KL cuma 1 jam lebih je. En Suami Terchenta seperti biasalah nak bertolak awal. Saya seperti biasa la, rilek je. Nasib baik kami sampai lambat, sebab rupa-rupanya bilik kami tak siap lagi walaupun tiba di sana pukul 3ptg!

Posing dulu sementara tunggu bilik siap...

En Suami merangkap driver pun nak posing jugak.

Tak sia-sia kami tunggu begitu lama, bilik kami adalah sangat anggun! Dengar citer, Uncle Deri lah arkitek yang men-design ini resort. Syabas Uncle Deri! Psst... boleh ke buat interior design utk rumah kami? (macam la byk sgt duit kau, Carneyz).

Katil single yang dicantumkan. Disappointed sebab tak dapat katil queen apa lagi sbb dah bayar RM200/smlm...

Kerusi yang tak digunakan.

Bilik besar dan selesa, kami pon suka hati!

Lepas check-in, apa lagi haruslah memenuhi tujuan utama ke resort ni - main air! Ada dua jenis kolam air di resort ni i.e. kolam air panas dan kolam air sejuk.

Tak tau apa maksudnya, tapi cuma fokus perkataan 'berendam' je :p Hehe.

Kolam air sejuk - kami main slide mengalahkan budak-budak sampai kena tegur dgn bos! Muahaha!

Isk... Tak abis-abis Suami Terchenta melompat macam kanak-kanak Ribena!

Dah bosan bermain-main air, satu lagi aktiviti yang menarek ialah merebus telur. 5 biji = RM2. Uniknya di sini, air panas ni ialah au naturel gitu.

Ni aktiviti yang unik di sini - rebus telur!

Boleh refer kat papan tanda untuk tempoh merebus telur ikut citarasa masing-masing...

Malam tu pulak, ada dinner bersama semua staff. Setiap family dikehendaki datang dengan tema masing-masing.

Cuba teka, apa tema kami??

En Suami concentrate dgr karaoke sampai buah tu tak sampai ke mulut beliau!

The next day, kena bangun awal-awal pagi lagi sebab ada aktiviti senam-robik.

Angkat tangan semua...!

Lepas senam-robik, semua dah kelaparan dan berpusu-pusu pergi ke kafe macam piranha. Lepas bekpes, aktiviti sukaneka pun dimulakan.

Comel sungguh anak colleague saya. Boleh saya makan dia tak?

Tengoklah budak2 ni sungguh teruja nak tangkap bola. Siapa tangkap bola paling banyak, team dia la menang

Lepas aktiviti - tolong hakim kira bola yang berjaya ditangkap...! Siyes comel.

Ni pulak aktiviti baling belon air ke belakang

Good catch!

Mak dan bapak pun turut bermain di padang. Ada permainan baling belon air ke belakang dan boling kelapa. Apa yang pasti, memandangkan orang yang menyambut belon air di belakang saya ialah bini bos sendiri, saya berhati-hati baling supaya beliau tak basah! :p Kalau tak, bersiap-sedia akan mendapat rating buruk tahun ni. Heheh.

Lastly, ini ialah satu percutian yang boleh dikelaskan menghiburkan. Saya puas hati. Mungkin sebab sebelum ni saya sebenarnya tidak la begitu teruja hendak pergi :p Ok Msjbox, apa lagi kita serbu Felda Hot Spring Sg Klah ni! (tapi nak pergi sini, kena poket tebal sket)
Dan jawapannya ialah...


Nak tau kat mana saya dapat benda ni, sila baca posting seterusnya! Family Day di Felda Hot Spring Resort, Sg Klah! ;p
Siapakah yang boleh menterror kan diri meneka benda ini???


Teka, teka... Jangan tak teka! ;)