Outing with Khayla


Khayla sleeping after the trip to Hospital

Ello I'm back!
Terima kasih Blogspot sbb tak terminate blog saya. Encik Nuffnang, TQ masih lagi tayangkan iklan di sini. Kawan-kawan blogger (erk, ada lagi ke? Hehehehe), TQ sbb masih lalu-lalang. Pasti adalah sangat bosan memberi salam tapi tuan punya takde.

Masalah ni adalah disebabkan Khayla. Ya, semua salah Khayla! (ececey, mak apakah ini, salahkan bayi berumur 2 bulan?) OMG, Khayla sudah 2 bulan. Pejam celik berkali-kali, anak kecil saya dah pandai senyum, pandai angkat kepala tinggi2 dan sudah ghairah berceloteh! Always selepas mandi ada je bunyi menceceh keluar dari mulut Khayla. Tapi kalau sebelum mandi tak diberi susu, siap lah. Yang keluar bukan bunyi yang comel mencair hati, tapi bunyi Khayla terpekik2 mintak susu.


Hari ni Khayla ada appointment dengan paediatrician pukul 11.30pg di hospital tempat kelahirannya. Sungguhpun tau dia akan jumpa doktor, kami anak beranak bangun lambat. Sudah la bangun lambat, lagi bermalas-malasan dan bermanja-manjaan bersama-sama! Pagi-pagi harus bergomolan dengan Khayla dan memberi si budak kecik susu ibu. Susu ibu adalah terbaik ye kawan-kawan :D

Lepas minum susu dan bermain, si budak kecik mandi dalam besen mandinya. Khayla dah cukup besar, so boleh baring atas papan supaya dia tak tergelincir. And she loves it! Dia suka sesi mandi sambil Mak bercerita dengannya tentang duck yang berenang2 dalam air mandinya, dan kenapa syampu berbau wangi... Kerana Khayla suka dengar suara Mak yang sungguh merdu di telinganya :P Bila saya angkat Khayla dari besen mandi, dia mula lah merengek2 dan mencebik2 muka. Sungguh comel kamu ya Khayla. Kecik2 dah tau konsep berendam!

Next, sesi urutan badan dan pakai baju. Bila sesi urutan badan, Khayla pulak yang bercerita dengan Mak nya. Entah apa lah Khayla membebel, Mak nya iyakan aje. Khayla dah pandai membuat pelbagai bunyian yang sumpah, melting my heart! Oleh sebab doktor akan periksa badan Khayla hari ni, maka haruslah beliau memakai rompers supaya senang dibuka dan dipasang semula :) Rompers Khayla ada gajah berwarna pepel. Warna faveret Mak. Hehe.

Lepas mandi dan pakai baju, Khayla menyusu sekali lagi sambil mak tengok tv. Bila dia dah tido, saya macam lipas kudung bancuh Nestum dan panaskan dalam microwave (jadi ibu mesti belajar cepat dan mudah!) dan mandi. Lepas tu, siapkan beg diaper Khayla - diaper secukupnya, baju ekstra, baby wipe dengan diaper cream, teddy bear kesayangan Khayla, pacifier, tuala kecil dan sebotol susu untuk bekalan di dalam kereta ;)

Bila semuanya dah setel, saya masukkan Khayla dalam sling macam anak kangaroo. Then off kami ke hospital. Sampai lewat, nasib baik tak ramai patient hari ni.

Paediatrician Khayla bernama Dr Anna. Perkara pertama bila pandang Khayla - 'Wow! She gains weight wonderfully!' Hehehe. Saya bagitau Khayla suka minum susu ibu. Ibu paksa dia minum sampai pipi dia tembam. Muahaha! Dr Anna tanya macam2 benda - berapa kali sehari dia minum, berapa minit, berapa kali buang air besar, berak macamana, dan ruam dah hilang atau belum.

Lepas tanya pelbagai soalan sampai Khayla bosan dan mula menggeliat2 macam ulat beluncas dalam tangan saya, Dr Anna suruh saya baringkan Khayla untuk pemeriksaan fizikal. Khayla sihat walafiat, Alhamdulillah. Takde ruam susu atau ruam lampin, jantung ok, pergerakan ok, brain development pun adalah memberangsangkan. Well done, baby!

Next, part yang saya tidak suka. Masa untuk beri ubat Rotavirus (muka Khayla berkerut2 bila disuapkan ubat, sah adalah anak Mak yang tak suka ubat!), dan 2 suntikan imunisasi di paha kanan dan kiri. Khayla hisap pacifier dan pandang doktor dan nurse dengan dahi berkerut2 sebab dieorang pegang kaki Khayla sampai dia tak boleh tendang2. Suntikan pertama, Khayla merengek sekejap lepas tu sambung hisap pacifier. Suntikan kedua, Khayla meraung sekuat-kuat hati! My poor baby!

Tapi saya tau macamana nak tenangkan anakku yang menangis meraung2 sambil tendang2 kaki. Bagi saja susu gantung, dia akan senyap dan tertido. Khayla tak complicated macam mak nya. Khayla ikut macam bapak, very easy dan very lovable! :)

Lepas breastfeed Khayla, kami turun dan ambil ubat di farmasi. Then perut yang berkeroncong menghasut saya untuk duduk di Coffee Bean untuk makan tengahari. Makan tengahari dengan anak dalam sling yang sedang tido adalah mencabar iman, tapi saya perlu membiasakan diri jadi wanita supersonic, eh, super-boleh. Jadi ibu umpama orang bercinta - makan tak kenyang, tido tak lena dan mandi tak basah! Semua perlu usai secepat2 boleh sebelum Khayla terbangun dari tido dan mula merengek2 mintak melekat pada Mak.

Keluar dari hospital lepas lunch. Pukul 2pm. Mula2 nak terus balik ke rumah, tapi teringatkan botol susu untuk simpan bekalan susu dah habis. Perlu membeli botol tambahan, so melakukan lencongan ke My Baby World di Sri Gombak. Membeli botol cap Autumz - 10 botol hanya RM38+, bukan ke cukup murah? Sangat teruja, dan mula go into shopaholic mode. Membeli set beg untuk simpan susu dan pam susu, lengkap dengan ice pack dan 3 botol tambahan *wink*

Lepas bayar barangan, Khayla terbangun dan mula merengek2 mintak susu. Owner kedai berbaik hati menghantar barangan ke kereta, dan lepas tu ibu dan anak duduk dalam kereta sambil menunggu si anak menyusu dari badan. Bekalan susu dalam botol dah lama habis. Khayla minum sampai tertido, barulah saya letakkan dia dalam car seat.

Dan akhirnya Khayla seperti gambar di atas. Tertido keletihan selepas outing with Mommy berjumpa doktor dan membeli botol susu. Badan Khayla pun panas sedikit, hopefully demam tak teruk sangat. Hopefully esok Khayla akan bangun dengan ceria. I love you, Khayla!

2 comments:

  1. Kenak muka Khayla merah jak ya, sis?

    ReplyDelete
  2. Sis: Terover edit :p hehe.

    ReplyDelete