Feels like...

Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak de. Patut la tak de orang yang sudi injak blog saya lagi. Huahuahua...

Kebelakangan ni. Kehidupan super-duper busy. Si Khayla pun sama. Super-duper busy membesarkan badan demi memenuhi KPI 1kg sebulan. Mak aih. Doktor pon, kalau bagi KPI agak2 la. Kesian mak Khayla tau, bekerja keras menghasilkan susu untuk menampung KPI Khayla!

OK, tak kesian. Tu memang tugas mak Khayla. Ho-ho. Let's see. Apa mau cerita ya. Oh ya, kehidupan yang super-duper busy.

Cerita Rumah
Sekarang dapur sedang mengalami transformasi. Setelah menghentak-hentak kalkulator berkali-kali dan menjual saham awal Januari lepas, akhirnya duit berjaya dikumpul untuk membikin kitchen cabinet. Sebenarnya dalam hati saya mengidam-ngidam kitchen cabinet IKEA. Tapi. Orang kata, ukur baju di badan sendiri. Kalau nak tunggu cabinet IKEA, alamatnya habis je la duit yang dikumpul tu dibelanjakan ke benda-benda lain. Therefore terpaksa la tempah kitchen cabinet dari kontraktor cabuk. YA. MEMANG CABUK! Bila fikir-fikir semula, hati terasa mengembang dan mau pecah sebab panas dengan kontraktor kabinet kami! Tapi, itu cerita lain hari ya. Cukup.

Sila bertegur-sapa dengan kitchen cabinet yang separa siap.

Jadi, how busy sebab kitchen cabinet? Sebabnya nak memasak perlu basuh perkakas di dalam toilet sebab sinki sudah dicabut oleh kontraktor yang sangat pandai. Nak tanak nasi almost impossible sebab plag tak boleh pasang di belakang kabinet. Nak sterilise botol susu Khayla harus di ruang tamu. Kehidupan tiada dapur? Suffer!

Cerita Ofis
Start 1 April, kompeni akan melaksanakan flexi-hour. Saya ter-over excited. Mula pasang angan-angan nak keluar awal i.e. 4petang. The only setback. Masuk ofis pukul 7pagi. Mampukah aku? >Gulp<

Sebelum implement flexi hour, saya bertungkus-lumus siapkan guideline. Kalau tak. Hahahaha! Kacau-bilau. Semua orang akan ingat ofis ni dieorang yang punya! Boleh sesuka hati masuk kerja tak hengat dunia. Therefore, everything new mesti ada guideline. Sudahlah implementation flexi hour ni umpama wahyu yang memancar-mancar dari langit (last minute announcement), tetiba boss mintak saya present kepada management. Huahuahua. Boss, thank you bagi tugas last minute, mungkin beliau ingat sebab saya selalu cabut dari ofis pukul 5 je therefore saya sangat lapang tak de tugasan. Mentang-mentang anak beliau dijaga mak sendiri, tak payah ribut2 balik nak amik anak di daycare. Tapi saya sebenarnya tak heran last minute tugasan. Kalau suruh present, present je la. Slide, cut-n-paste dari HQ. Apa susah kan? (Ceh, berlagak kau ya Carneyz... mentang2 dulu penah tolong Trump present depan PM hahahahaha!)

Akhirnya presentation berjalan sangat lancar. Management accept guideline, dan dah selamat dihebahkan to all staff minggu ni. Setel satu perkara.

Cerita Weekend
Dulu-dulu kan. Pre-Khayla (term baru). Kami suami isteri selalu bangun lewat. Lepas tu lepak di depan tv. Sedar2 dah satu hari berlalu tanpa aktiviti produktif. Akhirnya kehidupan berlalu dengan sia-sia. Huhu...

Sekarang, no more bangun lewat. Si budak kecik bangun, therefore orang-orang dewasa pon kena bangun sekali. Huahuahua... Tapi yang paling mengujakan ialah si budak kecik akan hadiahkan senyuman yang paling menawan bila beliau celik mata:

Khayla yang manja.

Selesai menyetelkan breakfast Khayla straight dari badan mak, saya akan tinggalkan beliau menghisap tangan dengan nikmatnya sementara saya setangkas kilat menyapu rumah dan membasuh baju. Dulu, 15 minit ialah masa diambil untuk amik baju di ampaian. Sekarang, 15 minit ialah masa diambil untuk menyapu seluruh rumah DAN amik baju di ampaian! Hahahaha! Mempunyai bayi kecil membuatkan kehidupan perlu pantas dan efisyen! By the time dah siap menyapu rumah, Khayla dah bosan mengeksperimen rasa tangan beliau dan mula memekak mencari susu lagi!

Lepas setel pekerjaan membasuh baju dan kemas rumah, then bapak Khayla bagi beliau mandi dengan hepi hepi. Tapi lepas mandi beliau tak hepi dan mula jerit-jerit lagi. Khayla sudah bosan pakai baju sekarang. Dulu beliau suka diurut. Sekarang dah mula rasa terkongkong. Dahsyat ya Khayla...

Weekend ni jugak Khayla dapat toy baru yang dia heart sangat. Apa dia? Jeng, jeng, jeng... Nanti kita story2 lagi ye *wink*

3 comments:

  1. Hehehe..sungguh tak terkejar masa kan...ni baru kecik, kalau dia dah start merangkak lagi penat...tapi betul2 best kan!!!

    ReplyDelete
  2. hihhii nang menar ya.. mun dah ada baby.. xpat gik nak ngandor2 apalagi nak bemesra-mesraan hahaaha!!! tp leh senyum daknya cairrrrr

    ReplyDelete
  3. Fiza: Betul2 best! Kekadang tak sedar masa berlalu sedar2 dia dah 3 bulan. Cuba la masa tak berlalu terlalu pantas kan :)
    Kak Ain: sik palah, dah 4 tahun bermesra-mesraan skrg nang dah high time bermanja2 ngan biak kecik pulak :) Heaven...

    ReplyDelete