Hari Yang Hampeh

Peringatan #1: Ini bukan bukti penganiayaan kanak-kanak. Segala yang terjadi adalah tidak disengajakan.
Peringatan #2: Sapa gelak, aku tampor!

Semalam kan, aku ada briefing kat training centre di Bangi. Ah sudah. Kereta sebijik rioh sekampung. Maksud aku, kereta sebijik untuk menghantar Khayla ke daycare jadi takkan la aku nak bawak kereta. Briefing start pukul 8pagi. Daycare pun bukak pukul 8pagi. Maka si emak pun terpaksa la sacrifice. Naik pengangkutan awam.


Truthfully, aku ada sedikit seriau amik pengangkutan awam. Bukan la sebab bermacam-macam bau bakal ditempohi, tapi bermacam-macam perkara tak diduga boleh berlaku. Salah satunya of course la, kena jadi penunggu setia. Tahap keimanan ko adalah perlu dikuasa dua, tiga dan sepuluh! Fine. Aku seorang penyabar bila aku sendiri tak bawak kenderaan tu muahahaha! Tapi the main point is. Ko jadi powerless bila naik kenderaan awam iaitu ko tak boleh control masa sendiri. Gara2 itu lah, berlaku peristiwa-peristiwa aneh yang buat aku tensen tahap gaban:

Tensen #1: Bila masa dia rasa nak punctual, dia punctual la sesangat!
First time ok. Naik KTM dari Batu Caves. Pagi2 bangun dah terlewat. Macam lipas kudung (eew, tak sanggup disamakan dengan binatang ittew!) eh salah! Macam horse (power) menyiapkan barang-barang Khayla yang berbaki2. 90% dah disiapkan malam sebelumnya. Akhirnya keluar rumah pukul 7pagi. Hujan renyai2, therefore En Suami terpaksa hantar aku ke stesen Batu Caves nun. Sampai di sana pukul 7.36pagi. Terlepas tren seminit yang lepas dan terpaksa tunggu setengah jam! SEMINIT je! Tak nampak ke hari hujan, kasi can la bertolak lewat sikit!

Tensen #2: Resit oh resit!
Cerita Satu:
So bila dah berjaya naik tren, perasaan adalah sedikit lega. Especially bila bertolak dari stesen yang paling hujung, tak payah berebut2 kerusi macam main musical chair. Cerita pasal berebut kerusi, teringat time sarat pregnant dulu. Asal masuk LRT je, aku buat muka kesian cam orang tak makan sepuluh hari! Amik kau ahahahahaha! Selalunya, adalah yang akan bangun offer aku seat (terima kasih kepada semua2 pengguna LRT yang budiman kerana offer seat kepada wanita mengandung! Bukan senang nak berdiri sepanjang2 dalam LRT, silap2 boleh cramp kaki!). Tapi ada gak yang berhati stainless steel. Nampak orang pregnant je, cepat2 dia tutup mata buat2 tido la tu. Macam aku tak tau ko sebenarnya fake je.

Ok back to topic. Untuk ke Bangi dari Batu Caves, kena tukar tren pulak di Putra / Bank Negara / KL Sentral. Aku turun di Bank Negara. Pergi beli tiket ke stesen KTM Serdang pulak. Selesai masuk duit di mesin, tiket keluar. Pas tu aku pun tunggu la dia kasi resit. Mesin tiket diam seribu bahasa... Takkan la aku nak nyanyi lagu Faizal Tahir kat situ, haruslah aku pergi dengan perasaan hampa. Wey, aku nak claim duit tiket ok, boleh tak jangan mempermainkan perasaan aku?

Cerita Dua:
Selepas berjam-jam (acah je, baru je 1jam lebih) dalam komuter, akhirnya aku sampai ke stesen Serdang. Kena pulak naik teksi di seberang jalan. Teksi pertama, aku tengok driver dia kemain sibuk borak-borak kat hp, so aku malas nak kacau dan terus pergi ke teksi paling hujung.

'Pakcik, saya nak gi blablabla.'
'Tanya kat teksi kat depan tu.'

Ohohohoho! Sungguh. Aku terpaksa la patah balik. En Driver dah habis borak-borak kat hp. Dialah hantar aku ke destinasi. Sampai di sana, aku pon mintak resit. Dia terkulat2 macam cicak berak kapur.

'Akak tulis sendiri boleh?'
'Apsal?'
'Saya tadak tau eja...'

Fine. Aku tolong ejakan. Ko imagine aku terlewat ke briefing sebab bukak kelas mengeja dalam teksi? Siyes, aku boleh katakan kesedaran sivik aku adalah tahap dewa ok! :p Resit punya pasal...

Tensen#3: Salah tren!
Sebenarnya aku nak cerita part ni je. Hehehehe. Tapi dah meleret2 pulak. Straight to the point. Dah habis briefing petang tu, bergegas2 amik teksi balik ke stesen Serdang semula. Kali ni aku sendiri yang tulis resit tu ok! Reason aku takmo lewat, nak cepat2 balik jumpa Khayla :D Dari Serdang, aku naik sampai ke Bank Negara semula. Pastu nampak display 'Tren seterusnya ke Batu Caves' so aku wat donno je la. Untuk mengisi masa lapang secara berilmiah, aku pon bukak blog Kak Masy. Sesaja. Dah lama tak melilau kat sana. Sepanjang dalam tren aku kontrol gelak. Sengih2 busuk, orang lain ingat aku ni tiga suku kot.

Therefore, aku nak suggest la kat Kak Masy. Next time letak warning kat blog tu. Jangan baca masa tengah tunggu LRT/komuter/tren/kapal terbang/kapal layar/kapal selam dan kapal angkasa atau yang sewaktu dengannya. Jangan baca blog Kak Masy masa dalam LRT/komuter/tren/kapal terbang/kapal layar/kapal selam dan kapal angkasa. Kesannya. Ko boleh tertinggal flight / terlepas bulan pastu landing kat Marikh / tersalah naik tren macam aku! Ni ketensenan aku yang paling mega! Aku dah la bersemangat waja nak jumpa anak aku yang comel tu, alih2 boleh salah naik tren sampai ke Sg Buloh?? Time aku realise tu, rasa cam nak baling h/p atas landasan tren, diikuti dengan baling diri sendiri. Eh. Bukan nak commit suicide ye tuan-tuan dan puan-puan. Nak amik balik h/p yang dibaling tu.

Setelah calling2 sama laling untuk amik aku lewat sikit atas kesilapan yang tak boleh dimaafkan, aku pon berlari2 anak badak ke seberang untuk boarding tren balik ke Stesen sebelum ni. Then bermulalah episod menunggu menunggu menunggguuuuuu.... Sampai naik kematu. Kengkonon tren sampai pukul 7.10pm, tp 7.10 datang dan pergi. Tren tak nampak batang hidung. Kalau punctual tu, punctual sesangaatttt (refer Tensen #1), tapi kalau tak punctual, tak muncul2 langsung! Kebiadapan apakah ini? Tak tau ke anak aku tengah tunggu nak guling2 dengan aku?

Tensen #4: Ni tiada kaitan dengan public transport, tapi hasil chain of event gara2 naik public transport!
Aku sudah terlewat bebenor. Nak menangis pon tak guna kan. Apa kelas menangis, padahal sebelum tu dah gelak2 sakan baca blog Kak Masy. Sampai di Batu Caves, En Suami ribut2 menerpa.

'Kunci! Kunci mana???'

Al-kisah. Dia telah menguncikan Khayla dalam kereta dan anak aku dah melalak, tertido, melalak lagi dan tertido lagi sepanjang 15 minit terkunci dalam kereta sorang2! Nak bagi susu punya pasal, tapi bila keluar kereta dah jadi habit kunci dulu sebelum keluar. Pastu baru la kesedaran Khayla duduk sorang2 dalam car seat dalam CLK!

Seb baik aku bawak kunci spare. Bila bukak pintu, Khayla terjaga dan mula melalak. Tapi suara dah ala2 Ella la. Bila angkat dan pujuk, dia tak nak. Eh eh, sungguh emo anak aku. Pujuk pujuk pujuk, pastu mak dia offer susu gantung, barulah dia senyap. Tu pun sambil minum boleh berenti sambung nangis, pastu sambung minum lagi! Akhirnya dia tertido dalam sedu-sedan. Huhuhuhu... Maafkan la mak dan bapak ye Khayla! Kami berdua baru bertatih2 bab2 penjagaan anak ni!

Kesimpulannya. Eh apa ye? Nak suruh En Suami belikan kereta sebijik lagi ke? Hehehehe. Sendiri mau ingat la...

Sekian.

4 comments:

  1. hahahha maaflah, x sangka mcm tu skali jadinya ;)) lepas ni akak akan buat disclaimer mcm tu ye :) hehehhehe

    jgn serik baca blog akak tau! ) muah!

    ReplyDelete
  2. Biasalah..ibu bapa muda memang macam tu..aku pun sama macam ko..muda kah kita?hahaha

    ReplyDelete
  3. hehehehhe... i like that experience... patutlah ada ariya, my wife kata khayla terkunci dalam keta... mujur ada mbak spare key. mun cam kmk orang, mati lah... kunci umah selalu dalam keta... mok blt umah, sik dapat bukak umah... hehehe

    ReplyDelete
  4. macam mana nak daptkan resit tiket LRT 2????

    ReplyDelete