Cucuk 3 bulan + Piknik

Sebenarnya dah lama saya tingin berpiknik dengan family.
Sayangnya family saya jauh di Sarawak.
Yalah. Siapa suruh buang diri jauh2 di KL kan? Padan muka kau.

Bercerita tentang hari Sabtu. Pagi-pagi membawa Khayla pergi cucuk 3 bulan. Anak kecil saya cuba mengelat dengan mengeluarkan batuk2, tapi tidak berjaya mengaburi mata mak nya. Anakku, mungkin terpaksa bersakit-sakit dulu, bersihat-sihat kemudian ya. Tapi jauh di sudut hati, saya memang terasa sakit bila doktor cucuk Khayla. Kalau ikutkan. Saya nak rampas jarum dari doktor dah patah-patahkan, sebab buat Khayla nangis. Tapi beliau nangis sekejap je. Bila diangkat, terus senyap.

Gaya tido selepas dicucuk di kedua-dua peha...


Doktor Khayla sempat membuat lawak. 'Sepatutnya dia pakai baju yang pangkah botol susu, because she's breastfed kan?' Abis tu, kalau dia kat daycare pon sumbat botol susu jugak, cuma isinya EBM je. Neways, baju rompers tu sangat murah, walaupun jenama Baby Gap - sebab saya beli di Reject Shop :p

Balik dari hospital.
Kami singgah makan aiskrim di Sri Gombak. Konsep aiskrim macam ice shavings. Memang sedap, tapi limited choice, tak macam di Ice City, Bintulu. Bintulu rocks!

Lepas makan aiskrim, saya tergedik-gediks mengajak mak berurut kaki di kedai sebelah. Malangnya Bonda Terchenta tak cukup cash, saya pon sama. Lagipon adik saya mengingatkan saya waktu Zohor dah nak habis. Terpaksa la tangguhkan hasrat ke lain hari. Huhu.

Petangnya. Saya buat plan terkejut berpiknik di Tasik Kepong. Seronoks! Asalnya plan nak bawak kari ayam dan nasi briyani yang Bonda Terchenta masak malam Jumaat. Tapi, kari ayam tinggal seketul je, uwaaaa!!! Terpaksalah tukar menu kepada healthy lifestyle. Rojak buah. Kan sangat menyihatkan?

Gambar mula-mula sampai.

For the first time si Khayla berbaring sambil melihat langit yang luas. Beliau jadi terkagum-kagum dan terseronok-seronok. Sampai senyum pun terjelir lidah:


Sambil-sambil makan rojak yang sihat, kami menikmati pemandangan family lain yang bersuka-ria bermain layang-layang:

En Suami pon berseronok bermain layang-layang

Aktiviti lain ialah seperti mengambil gambar secara berlebihan atau erti kata lain, camwhoring:

First picnic dengan Khayla

Menyahut seruan Kementerian Kesihatan iaitu makan dengan sihatnya

Dekat-dekat nak Maghrib barulah kami balik. Tupun sempat singgah makan di Restoren Ayam Penyet Best di Sri Gombak. Memang best. Tapi pedas. Tapi best :p

I love this weekend. I love my family. Kalau boleh selalu spend time dengan mereka, alangkah bagus.

2 comments:

  1. carnyez, comeynyer baby... geram.... bf ker?

    ReplyDelete
  2. Kak Shima: Ha'ah, fully bf :)

    ReplyDelete