Dating!

Hari ni dengan tak semena-mena dapat sms dari group assignment member:

S: Today class cancel. No electricity @ city campus.
Aku: yeayyy!!!

Tengok tu, kemain seronok kan padahal dulu beriya-iya nak sambung study gittew... Ye la, dulu ingatkan lama lagi nak dapat anak tu yang gigih dan semangat waja nak belajar balik. Sekarang life dah jadi super-duper busy sebab kena balance masa antara study, kerja and family! Tu belum personal time lagi.


So back to story. Bila kelas dah kensel mula la mengajak Suami Terchenta gi dating. Almaklum dah lama tak men-dating kan (ceh, ayat apakah ini?). As usual, dating orang dah ada anak ni tambah-tambah lagi orang super-duper busy haruslah kill two pigs with one bird (ini peribahasa zaman Angry Birds, sila abaikan). Dating+beli barang dapur+makan.

Setel je membeli dan membelah, kiteorang singgah makan kat Secret Recipe. Khayla pun dah tertido dalam stroller so apa lagi, mak bapak dia amik kesempatan la makan dengan sedapnya!


Dating


Suami Terchenta asalnya nak order menu feveret dia, blackpepper chicken. Tapi wife dia komplen asyik2 order menu yang sama, maka dia pon order la dory amende ntah, ngan lobster sauce? Jap2, meh google nama betul hidangan tu:

Secret Recipe

Pan-Grilled Dory with Lobster Sauce

Yeahhh... Aku pulak order yang ni:

Secret recipe

Mozzarella-topped fish

Air pulak, Suami Terchenta order ice blended green tea and aku order iced chocolate. Memang best sesangat makan malam tu :) i loike! Hee ~

Selesai dinner kiteorang pon balik la. Itupun sebab si Khayla dah merengek-rengek lapar and apa lagi, masa utk melekat dengan emak la.

0 comments:

Post a Comment