Saturday, June 25, 2011

Passport Untuk Baby Khayla

Hari ni, dengan semangat berkobar-kobar kiteorang bangun awal demi melaksanakan a few urgent tasks termasuklah membuat passport untuk si budak kecik. Maklumlah next week mak dia akan outstation ke Pasir Gudang, so dah alang-alang turun ke JB tu teringin la nak bawak Khayla dan nenek Khayla ke Universal Studio di Singapore.


Sebelum keluar rumah, haruslah beri si budak kecik makan bubur dan lepas tu makan ubat memandangkan dia demam. Part makan bubur, dia beriya-iya. Part makan ubat, ye memang sah dia anak aku! :p Kalau dia dapat lari, kompem dah lama dia lari dari bapaknya yang bagi ubat tu. Hehe.

Mula-mula singgah di UM beli buku teks mak dia. Exam dah dekat baru terhegeh-hegeh nak beli buku kan? Huhu... Nak buat camane, buku tu baru sampai minggu ni :( dah tiga kali pegi UM baru dapat membeli buku ni. Setel.

Next barulah kiteorang pegi ke Wangsa Maju untuk membuat passport Khayla. Mula-mula kena buat gambar passport dulu. Mujurlah dia dah boleh duduk tegak walaupun mak dia terpaksa pegang badan dia (Khayla belum pandai duduk sendiri). Oleh sebab dia demam, maka dia takde mood nak senyum. Aku dengan Suami Terchenta boleh tergelak tengok hasil sesi penggambaran dan muka Khayla tu macam nak marah orang! Takutlah mak, sayang! Hehe.

Gambar passport pertama Khayla :)

Adik yang tangkap gambar tu siap tolong isikan borang imigresen unuk kiteorang dan fotostat sijil lahir & IC ayah dia. FYI, kalau nk buat passport bayi kena bawak Mykid, sijil lahir dan dua keping gambar passport. Salah seorang parent kena sign borang tu dan also bawak satu salinan IC on A4 paper.

Gambar dah setel. Next kiteorang amik nombor giliran. Yang bagusnya imigresen ada kaunter khas untuk buat passport bayi dan warga emas. Cuma tadi tak tau la kat mana silapnya, aku asyik monitor nombor giliran tapi takde pulak nombor kami dipanggil dan tup-tup, dah nombor seterusnya appear di skrin. So agak lama gak la kami menunggu...

Si Khayla, as usual la akan dapat perhatian orang sebab pipi dia yang gebu tu kan. Tapi tu la, sebab dia demam so dia takde mood nak melayan orang. There's this family yang sangat teruja melayan Khayla sampai bergilir2 la abang dan akak tu amik gambar dengan Khayla yang buat muka derq je tu. Hahaha! Khayla, Khayla... Bila dah besar sikit biar Mak ajar PR skill ye.

Family ni teruja tengok pipi Khayla yang gebu, Khayla rilek je walaupun kesihatan tak begitu memberangsangkan

So bila dah terlepas nombor giliran kami pun dengan gabranya ke kaunter. Nasib baik dieorang berbaik hati proses borang kami dulu. Pegawai yang proses borang Khayla tu terperasan yang alamat dalam sijil lahir Khayla ialah alamat rumah aku di Sarawak. Dia pun tanya, "Parents dua-dua orang Sarawak ke?" So kiteorang pun cakap yes, both dari sana.

"So you nak passport anak you ada huruf A (for Semenanjung) atau K (for Sarawak)? Sebab ni first time nak buat kan? Kalau nak huruf K tu, kena hantar borang ni next Monday dan kita kena hantar ke Imigresen Sarawak untuk pengesahan dieorang, selalunya amik masa 5 hari la." Dia explained. Aku tengok Suami Terchenta, dia tengok aku balik. Kiteorang berdua confused.

"Tapi dia ni lahir kat sini. Boleh ke dia dapat huruf K tu?" En Suami tanya. Pegawai tu terus panggil kawan dia dan story pasal kiteorang. Rupa-rupanya kawan dia tu orang Sarawak gak. Dia pun explain dalam loghat Melayu Sarawak, "Sebenarnya anak korang boleh dapat K tu sebab korang dua-dua orang sana kan, and bila ada huruf K tu, dia dapat la privilage kerakyatan sana. Better kalau buat passport dia tu, ada huruf K. Cuma kita tak boleh proses hari ni, amik masa sikit sebab nak kena disahkan oleh imigresen Sarawak."

Wah, nampaknya si Khayla tak leh la join kiteorang cuti2 Singapore. Tapi apapun, kiteorang happy gak la sebab kiteorang ingatkan bila lahir di sini, Khayla tak dapat keistimewaan sebagai rakyat tempatan di Sarawak. Rupa-rupanya sangkaan kiteorang ni meleset, which is good jugak la :)

Borang imigresen untuk buat passport Khayla...

Ahem. So sekarang kiteorang tengah carik siapa leh tolong jaga Khayla di JB sementara mak bapak dia bersiar2 di Singapore. Sis Lin? Kak Linda? :p

7 comments:

  1. Dengan vangganyaaa....mari mari Khayla meh kat aunty yek!..ko bgtau awal2 klu comfirm tau karni...nnti sis sediakan lah mainan ke..apa ke...tau2 je le dh lama xde baby nie..he he he

    ReplyDelete
  2. geram betul la tgk pipi khayla ni!
    btw apa keistimewaan kalau ada kerakyatan Sarawak (pelik la bunyi kerakyatan - ingatkan kita semua kerakyatan Malaysia, rupanya tak eh)

    ReplyDelete
  3. Sis Lin: tunggu, jgn tak tunggu!!! Kiteorg smp hari Khamis. Jumaat tu mungkin nak tumpang tido kat umah. Leh tak? :)

    ReplyDelete
  4. Husna: Banyak benefit utk rakyat Sarawak from kerajaan negeri Sarawak nanti dia pun layak. Cthnya beli tanah kat Sarawak, klu masuk Sarawak senang sket tak macam orang bukan Sarawak. Dapat apply biasiswa Sarawak, etc etc :)

    ReplyDelete
  5. Kesian Khayla kena tinggal...huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Fiza: Takpe, dia akan dijaga dengan TLC = tender loving care :) tak gitu, Sis Lin ;)

    ReplyDelete
  7. Meh sini mai japang dengan usu.

    ReplyDelete