Khayla yang 'Cranky'


Lately, si budak kecik ni asyik moody memanjang. Dalam erti kata lain, dia cranky.


Pantang kena tinggal sikit dia dah meraung. Pastu mula follow emak dia ke mana-mana kalau dalam walker. Kalau atas tikar je, dia akan menangis penuh emosi macam dalam gambar tu.

Sejak dia cecah umur tujuh bulan ni jugak, dia dah tak nak kawan ngan bapak dia. Asal pass kat bapak or bapak dia layan dia main, dia mesti merengek-rengek sambil depa tangan kat emak nak suruh amik la tu.

Mula-mula aku rasa seronok la jugak. Yalah, mana tak seronok sebelum ni Khayla sikit-sikit geng ngan Bapak. Ngan Mak tak heran sikit pon ok.

Yang paling menyesakkan dada aku ialah masa gi Johor bawak budak kecik ni and Bapak dia tinggal kat KL, dia paling tak lupa ngan Bapak dia. Sampai bangun pagi mula2 carik Bapak. Mulut dia pon sebut2, '...apak.' Mula2 sekali je. Aku tak heran lagi. Tapi bila dah petang dia repeat byk2 kali sampai dia boleh sebut, 'Bapak!'

Oh noooo, Khayla! Kenapa Bapak ialah panggilan pertama yang Khayla sebut? :( Khayla tau tak sapa yang pengsan masa Khayla lahir? Bapak ok!  Mak je yang tunggu Khayla dan mula2 cium Khayla lepas lahir ke dunia ni! Whhhyyyyyy???

Back to story si Khayla yang cengeng. So now sejak dia kena inject last Friday, dia dah jadi 'melekat' ngan aku pulak. Tak penah2 ye. Main2 toy sekejap dah nak manja2 ngan Mak, carik dot..dot Mak. Kalau dalam walker,  tak lama kemudian merengek2 nak mintak peluk. Pastu 'melekat' lagi.

Si emak a.k.a aku pulak, dah la tak sihat, kena study for exam pulak tu. So memang la tak de banyak masa nak layan perangai anak kesayangan yang tiba2 manja ni. Sudahnya, meraung lagi.

Petang tadi. Saja je amik dia awal dari daycare. Bukan selalu dapat spend time ngan buah hati intan payung dan lapis lazuli aku ni. Mula2 mood dia fine je masa main toys dia.

Lepas bagi makan dan menyusu, aku letak dalam walker supaya aku boleh kemas2 apa yang patut.

5 minit dalam walker, dia dah start meraung. So aku dukung dia sekejap dan letak balik dalam walker. Tapi benda yang sama berlaku.

Last2 aku pon decide nak main trick jahat kat anak sendiri. Aku pegi menyorok. Si Khayla bila sedar Mak dia takde lagi la menggelupur carik Mak dia merata-rata! Dia masuk bilik tido, intai dalam bilik air yang pintu terbuka, masuk bilik study, masuk guest bedroom dan last sekali carik di dapur ( aku sorok belakang pintu). Bila tengok aku takde di dapur, dia nangis makin kuat! Pastu siap intai lagi ruang tamu dari dapur. Last2 dia beredar dengan tangisan yang makin kuat.

Oleh sebab kesian + taknak anak aku trauma tak pasal2, aku pon keluar dari tempat sembunyi dan panggil nama dia. Dengan laju dia menoleh pastu sepantas kilat menerkam kat aku! Macam tak jumpa 10 hari uols! Siap peluk2 leher aku sambil nangis tersedu2. Kesian pulak aku nengok. Hai, Khayla, Khayla....

Apapun, Mak sayang kat Khayla, just Mak taknak Khayla jadi manja terlebih2 ye sayang... Let Mak buat kerja rumah jugak, Khayla main la sorang2 sampai keja Mak habis.

Hmm... Malam ni still manja lebih2 taknak tido kat tilam tapi nak tido kat pangku aku jugak. Sambil 'melekat', apa lagi la kan? That is what Mommy's are for, isn't baby?

Hopefully mood khayla akan bertambah baik esok dan seterusnya. Atau, adakah Khayla sedang menghidap simptom 'separation anxiety' sekarang?

Good nite folks, and sweet dreams from Khayla :)

6 comments:

  1. separation anxiety betul...panggil bapak dulu betul...melekat betul...semua betul la pendek kata..but seriously pic khayla blh menang foto plg sedih..tengok pun rasa nak terus dukuung!

    ReplyDelete
  2. Sedih tengok Khayla nangis2 cam tu. Sekejap dah besar budak kecik ni kan!!!!Tapi kebanyakan baby girl memang sama lah perangai diorang ni

    ReplyDelete
  3. Jangan2 Khayla nak ada adik kot..hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Husna: she was just teething, but we didn't realise at this time :) hehe.

    ReplyDelete
  5. Fiza: tu la, sedey tak smp hati biar dia nangis.. Tp pd masa yg sama geram pun ye jugak!

    ReplyDelete
  6. Sis Lin: Ooitttt! Chotttt! Lom lagi ye, tgu Mak dia ready baru nk Ada adik badek ni :P

    ReplyDelete