Kisah Jalan-jalan di Perfect Livin' Exhibition

Pada suatu petang yang indah, kami keluar berjalan2 di Perfect Living Exhibition di PWTC. Tujuan utama kami ialah mencari perabot rumah (dah beli pun, i.e. Sofa purple) tapi dalam usaha gigih kami memusingkan diri di setiap ceruk exhibition, kami telah terjumpa:





Jeng, jeng, jeng! Sila berkenalan dengan Puan Taiyohoshi, haittt! Konichiwa! Pengering pakaian versi low cost!


Ok, sebenarnya adalah tidak berapa low cost, beratus2 la jugak. Tapi still. Daripada membeli sebijik dryer yang harga ribu-raban, ini ialah kategori berpatutan pada kami. Tambahan kami tinggal di apartmen dan tempat menjemur pakaian langsung tak merasa belaian dan sentuhan Sang Matahari, maka ini ialah produk idaman hati saya (cewah, padahal sebelum ni takde langsung dalam shopping list).

Maka dengan berbekalkan sekeping kad ajaib (kad kredit), kami pon membawa pulang sebijik pengering pakaian ni.

Cara-cara penggunaan:
1. Lepas basuh pakaian bayi (basuh tangan ye!) dan spin dry, gantung la di dalam pengering ni:



2. Tutup zip dan set timer:



Dan 3 jam kemudian pakaian akan kering dan berbau segar. Yes!

Dari segi penggunaan elektrik, menurut salesgirl yang bersungguh2 memujuk kami membeli alat ni, kadarnya ialah sangat murah i.e 20sen sejam. Ia ialah lebih efisyen dari hair dryer. Mari kita tengok bil elektrik bulan depan ye puan-puan!

Tapi yang penting saya sangat hepi dan berpuas hati sebab pakaian kami boleh kering cepat dan berbau harum. Tu yang penting, harum! Hehe. Kalau ada sesiapa yang rasa teruja dan mau Puan Taiyohoshi jugak boleh la carik kedai mereka di Ikea.

Selamat menjemur pakaian semua! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

4 comments:

  1. Sgt teruja. Mcm best je!

    ReplyDelete
  2. Husna: yup mmg sgt best. No more mouldy-smelling clothes during rainy season. Ngeh! Ngeh! Ngeh!

    ReplyDelete
  3. Hi, what a bout the electricity consumption? betul ke 20sen per jam?

    ReplyDelete
  4. hi, can i know if this portable dryer efficient? does it consume a lot of electricity?

    ReplyDelete