Dinner at Hokkaido

My sister is in town.

Bila ada family datang haruslah membawa makan di tempat yang sedap. Eh. Bukan tempatnya yang sedap, makanan yang sedap.

Sebelum ni kalau cerita tempat makan sedap (makanan sedap maksud aku), terus terbayang Gold Coast, Bagan Lalang. Tapi tidak terasa hendak spend time yang lama di dalam kereta semata-mata untuk seekor ketam dan sejemput udang.

Lalu teringat bos En Suami Terchenta pernah bawak kami makan di sebuah restoran Cina yang halal di tengah bandar.

So malam itu kami pergi ke Hokkaido. Jangan silap ye, Hokkaido tu bukan daerah di Jepun tu tapi restoran Cina di Jalan Pekeliling.

Restoran tu sangat la penuh, tapi memandangkan kami datang dengan sebakul bayi (HAHAHAHA!) - si Khayla tengah tido pulak so haruslah mengangkut dia dan car seat nya sekali. Terus kami diberi keutamaan dan dapat pulak seat di dalam, directly di bawah aircond. Terus bertambah nyenyak bayi itu tido.

Walaupun restoran penuh tapi servisnya amat cepat. Tak sampai 5 minit pelayan datang untuk ambik pesanan.

Kami order ketam sweet & sour, dimakan dengan mantou (ban kukus), ikan siakap stim kicap, asparagus goreng belacan dan prawn butter.

Tak sampai 15 minit, ketam dah sampai:


Ketam yang segar dan sedap, isinya kental dan kuahnya pedas tapi fuh,, meletops!

Tak lama kemudian ikan pulak sampai, diikuti dengan asparagus. Aku suka asparagus tu, memang terasa sangat udang kering tumbuk which blends perfectly with the taste of asparagus...

Khayla pulak menikmati ban kukus dengan penuh berselera dan sangat suka ikan kukus yang segar tu.

Tapi paling aku suka ialah udang butter. Rugi pulak tak ambik gambar tapi memandangkan tangan masing2 kotor meratah ketam, so tiada perasaan hendak mengambil gambar. Maybe next time.

Kami makan sampai tak larat. Bila bil sampai, to our pleasant surprise harga makanan dan minuman semuanya tak sampai RM150. Memang berbaloi :)

Kalau sesiapa terasa nak makan seafood di tengah KL ni, boleh la pergi ke restoran Hokkaido yang terletak bertentangan dengan Vistana Hotel (kan En Suami?), dan tak jauh daripada stesen bas di Jalan Pekeliling. Datang awal sikit, sebab restoran ni memang ramai pengunjung tak kira bangsa.

Thanks sis, belanja makan malam tadi. Really sedap dan truly appreciated!

0 comments:

Post a Comment