Jalan-jalan Cari Makan: Restoran Salero Negori

Pernah tak bila family korang datang melawat korang di KL dan korang memecah otak fikir kat mana nak bawak dieorang makan?

Well, aku selalu mengalaminya. Sebab. Kami suami isteri jarang makan di luar dan tidak berapa food adventure semenjak ada anak ni. Tiba2 kena makan di luar agak sedikit culture shock.

Tapi al-kisah. Suatu hari aku kena melawat seorang staff yang tak sihat di area Keramat. Dalam perjalanan balik, tiba2 (ceh, semua dalam cerita aku adalah peristiwa yang tak dirancang!) aku terserempak dengan sebuah restoran ni:



Ya, itulah dia restoran Salero Negori. Lokasinya agak tersembunyi, mungkin sebab tu la tak ramai pelanggan.

So since my dearest sister ni beriya2 nak merasa masakan negori ni, ater kome bawak la dia ke mari (eh, betul ke slang aku ni?).

Kami pesan daging salai masak lemak, sayur paku masak tempoyak, ikan masin, dan ayam goreng kampung. Not exactly masakan negori, tapi saja nak merasa. Minuman pulak, order teh botol.



The verdict. Servis cepat dan mesra. Suasana santai. Makanan pula unfortunately bagi aku takde la special sangat, sekadar memenuhi syarat je. Nak kata tak sedap, bohong la tu. Tapi nothing to rave about. Harga, agak mahal dan tak sesuai dimakan hari-hari sebab poket akan confirm ranap.

Aku suka teh botol tu, rasanya sangat klasik dan mengingatkan aku teh kampung. Overall, boleh la bagi 2 bintang :)

So next time family datang dari jauh dan mintak masakan Negeri Sembilan boleh la bawak makan di sini. Not the best in town, but at least there is one in case someone feels like it.

Next, kami singgah di KLCC dan jalan-jalan cari makan di Ben's pada sebelah malam pulak. Tapi itu next story ya? :)

1 comment:

  1. Hi...hmmm penah jugak dengar restoren salero negori nih sebab masuk newspaper..tapi belum pegi lagi...mahal ker? takpe nnt saya singgah dan review berbaloi ke idak ngan harga nye....hmm nanti you singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan....makan hehe...dan jangan lupa register follower yer maklum la blog baru nih sunyi je TQ TQ TQ

    ReplyDelete