Mula-mula ada adik.
Khayla tak heran.
Mungkin sebab konsep adik terlalu asing.
Mungkin adik seperti tetamu yang akan pergi bila-bila masa.
Maksudnya, adik is not a permanent family member.

Tapi lama-kelamaan Khayla sedar.
Adik tak akan pergi ke mana-mana.
Dan akan sentiasa dalam dakapan emak.
Sejak tu Khayla mula menunjukkan perangai cemburu.
Merengek. Tolak adik. Tarik baju adik. Tendang adik.

Khadeeja apa kurangnya.
Sama-sama tak nak beralah.
Tak padan kecik.
Tendang si kakak. Merengek. Menangis kuat-kuat.

Ok fine.
Adakala aku team Khayla.
Ada masa aku team Khadeeja.
Tapi sebolehnya aku cuba berlaku adil.
Supaya yang kakak tak rasa terasing.
Dan adik tak rasa terabai.
Cinta triangle.

Tapi lately perangai Khayla makin menjadi-jadi.
Mula cemburu bila Khadeeja menyusu.
Mula pandai memukul adik.
Emak tidak suka.

Walaupun ada masa Khayla pun sweet.
Menepuk adik tidur.
Pujuk adik jangan menangis.
Tolong buang diapers kotor.
Memberitahu emak bila adik menangis sorang-sorang dalam bilik.

Tapi bila bab gaduh pukul-memukul mak jadi tidak suka.
Tapi yalah. Apa sangat lah nak dimarahi budak sekecil Khayla.
Lalu aku cuma boleh memujuk Khadeeja yang menangis.
Dan beritahu adik supaya mengalah.
Berikan ruang untuk kakak mengadaptasi.
Menjadi kakak ialah anjakan paradigma.
Yang tak boleh berlaku semalaman.

Malam ni.
Khadeeja bayi yang baik.
Dia tidur diam-diam bila kakak mula meragam.
Tak beri emak peluk Khadeeja.
Cuma boleh peluk Khayla seorang.
Emak layankan je si kakak.
Sampai dia tertidur.
Barulah Khadeeja bangun.
Lalu mencari susu ibu.

Ya. Beginilah motherhood.
Ada pahit. Banyak yang bahagia.
Terima kasih ya Allah.
Kerana beri aku kesempatan untuk merasai
Cinta Khayla dan Khadeeja.