On being a full-time mom

Sedar tak sedar, dah lima bulan aku ambik cuti tanpa gaji. Time flies fast. Perasaan? Entah la. Mixed feelings inside.

First of all, aku suka spend time dengan anak-anak. Suka dapat menikmati masa yang tak terhad melihat Khadeeja membesar di depan mata sendiri. Menjaga dia sendiri. Menyusukan dia sendiri. Compare dengan sebelum ni, aku takde problem stok susu berkurangan. Bila dia nak menyusu, aku susukan. No wonder supply susu yang dipam pun tak berkurangan jugak dalam freezer. Tapi most of all, aku happy melihat dia membesar dengan happy jugak.

Masa Khayla baby dulu, aku memang struggle sikit nak maintain production susu sebab kat ofis aku memang busy dan stress. So susu pun berkurangan. By the time dia 5 bulan, aku terpaksa beri dia makan sebab kalau tak, confirm tak cukup susu yang aku bekalkan kat nursery hari-hari!

Dan aku suka mendengar celoteh Khayla setiap hari. Menjemput dia dari sekolah. Melayan aksi manja si kakak yang mengalahkan si adik. Bawak mereka pergi ke playground. Ya, aku rasa ni ialah part yang paling best tentang unpaid leave ni.

Lagi satu, aku dah tak stress fikirkan masalah orang lain (masalah kakitangan atau masalah kerja). Aku cuma fikirkan masalah diri-sendiri je. Yalah, bukannya aku ambik cuti tanpa gaji ni untuk bergoyang kaki je. Hopefully aku dapat habiskan MBA tahun ni, supaya lepas ni aku dah tak payah fikir pasal assignment, exam, thesis. Dulu aku mungkin sanggup nak melaluinya sebab fikirkan rezeki anak lambat lagi. Tapi bila dah jadi macam ni, takkan aku nak berpatah balik kan? Aku tak suka buat kerja alang-alang. So sekarang ni, my biggest stress ialah nak siapkan assignment je. Kalau tak siap, setakat hilang markah tu je. Tak de la kena maki-hamun atau kena jawab kat boss, atau kena potong gaji pun!

Tapi at the same time, ada kekurangan jugak bila tak bekerja. Pertama, most of the time aku cuma ada anak-anak untuk layan aku bercerita. Kadang-kadang, aku call mak (tapi lately, dia selalu busy dengan aktiviti kemasyarakatan merangkap sosial dia. Tak boleh salahkan dia jugak, sebab dia pun bosan jugak duduk kat rumah). Ada masa jugak, aku catch up dengan kawan-kawan lama macam Kak Za. Tapi takkan la aku nak call dieorang hari-hari kan? So, kesimpulannya bila jadi full-time housewife kehidupan sedikit lonely.

Nasib baik ada jugak geng ofis / team lama aku yang kadang-kadang akan berhubung melalui Whatsapp, bertanya pendapat dan bercerita tentang berita dari ofis. At least tak de la aku macam kera sumbang sangat.

Secondly, aku dah terbiasa ada duit sendiri. Masa bekerja, aku tak payah fikir panjang kalau nak beli baju ke, toys ke, makan kat restoran mahal ke, pergi spa ke, atau pergi bercuti sebab ada duit gaji sendiri untuk buat semua perkara-perkara tu.

So bila duit gaji bulan terakhir aku dah habis dibelanjakan, aku rasa sedikit meroyan jugak la secara jujurnya. No more makan kat luar. No more keluar jalan-jalan sebab keluar je, means duit pun keluar jugak. No more pampering my kids dengan baju baru, toys baru. No more. Even semalam selepas sebulan terperuk kat rumah akhirnya kami keluar ke KLCC, bila makan kat food court yang paling cikai tu pun aku rasa sangat mahal. Eh, camane aku boleh makan kat sini hari-hari ye? Aku terfikir. Beli air je dah RM5!

Dan akhir sekali, ya. Walaupun aku kadang-kadang rasa bosan jugak kerja dengan syarikat berprestij (biasalah, syarikat besar bermakna birokrasi pun besar dan karenah manusia pun macam-macam), tapi tak dinafikan ada imej tertentu jugak yang perlu aku bawa di depan kawan-kawan dan keluarga. Family aku especially mak aku bangga sebab aku kerja dengan syarikat ni. Pernah kawan aku bagitau dia nak anak dia ikut jejak langkah aku - belajar rajin-rajin dan kerja dengan syarikat terkemuka. Aku sendiri pun tentulah nak anak aku jadi orang yang berjaya jugak. 

Masalahnya, aku sendiri ragu-ragu sama ada definition berjaya tu ialah apa yang aku alami sekarang. Berjaya ke kalau kerja di syarikat terkemuka tapi sentiasa rasa tak de life dan tak suka dengan kehidupan kerjaya sekarang? Adakah aku perlu ubah definition berjaya tu atau ubah attitude aku terhadap kerjaya sekarang? Kalau aku teringatkan adik ipar aku yang dah belajar bersungguh-sungguh dan cuba dapatkan kerja di tempat aku tapi tak berjaya, aku rasa insaf sekejap. Maybe aku take for granted je kerjaya aku ni, padahal ramai orang yang menanti peluang yang aku dah dapat. Tapi… mungkinkah ada peluang yang lebih membahagiakan di luar sana?

So entah la. Sebenarnya aku buat keputusan ambik cuti tanpa gaji untuk tahu apa pro dan con kalau aku berhenti kerja dan jadi full-time mom. Kesimpulannya, aku masih lagi berbelah-bahagi. Kalau takde masalah kewangan, mungkin aku tak de la kalut sangat kot nak buat keputusan dari awal lagi. Sometimes terfikir jugak nak buat perniagaan sendiri supaya aku boleh sentiasa dengan anak-anak aku. Cuma… bila aku tengok kehidupan orang business ni, kadang-kadang lebih dahsyat daripada orang makan gaji. Aku jadi tak yakin pulak.

Oh hati, moga diberi petunjuk bila cuti dah nak berakhir kelak!

3 comments:

  1. Hdp ni mcm susah nak bt keputusan kan..aku dh lama nak resign n strt bsnss tp macam takut..

    Aku tak suka makan gaji wlpn krj aku tak stress tp aku suka mcm nk krj sndr. Aku dh lm nk strt bk restrnt tp smpai hr ni tak brni nak ml coz kalau aku nk ml mcmn2 pn aku kena gak resign dl..

    Huhuhu..mcm Linda Onn, untuk dia jd mcm hr ni, dia dh strt bsnss umur 25yrs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Aku pun takut gak sbb dlm family aku takde sapa yg consider business sbg kerjaya. So takde role model utk guide aku pasal bisnes ni.

      And org kata klu nak berkecimpung dlm bisnes tak leh takut gagal. Aku ni dari kecik diprogram supaya kejar success je, fobia semacam dgn perkataan gagal. Camane nak jadik businesswoman?

      Delete
  2. Nak buat bisnes, kena nekad, kak. Masa dan modal mesti seiring. Cost incurred tak hanya explicit tp juga implicit :)...

    ReplyDelete