Pengalaman yang sedikit mengerikan!

Semalam lepas ambik Khayla kat sekolah dia, aku bawak dua adik-beradik ni jalan-jalan kat Prima Sri Gombak. Nak beli laundry net bag yang baru memandangkan yang sekarang zip nya dah rosak beyond repair dah. Huhu. Pastu, aku nak belikan seluar pendek untuk si Khayla pakai kat rumah sebab sekarang ni cuaca panas. Khayla ni jenis yang cepat berpeluh bila pakai seluar panjang kat rumah. Tidur dalam aircond pun boleh berpeluh-peluh jugak! Heee… macam la dia lahir kat London!

Anyway, lepas je parking dan dukung Khadeeja keluar dari kereta, mula-mula aku decide nak cari seluar pendek Khayla. Tapi lepas tu aku berubah fikiran pegi kedai barangan rumah kat seberang jalan dulu cari net bag.

Dengan dukung Khadeeja sebelah tangan dan pegang tangan Khayla di sebelah lagi, kami pun terkedek-kedek la pegi masuk kedai tu. Lama jugak aku cari net bag tapi tak jumpa. Last-last aku cuma beli benda lain je. Khayla pulak pantang masuk kedai je mula la berlari sana-sini. Ambik satu barang pastu letak kat tempat lain. Ambik pulak barang lain. So agak lama jugak kami kat kedai tu (padahal tak jumpa pun benda yang aku nak).

Lepas setengah jam, kami keluar pergi ke kedai baju di seberang jalan. Hubby kata kedai ni jual baju murah, tapi bila aku masuk takde jual seluar pendek untuk budak perempuan. Pembantu kedai tu bagitau mungkin kedai sebelah ada jual.

So kami pun masuk ke kedai sebelah. Senyap-sunyi je kedai tu. Kat dalam, ada dua orang pembantu kedai perempuan tengah borak-borak. Aku cari seluar pendek tapi sama jugak, takde. So kami pun keluar dari kedai tu dan pegi pulak kedai jual barangan bayi kat sebelah.

Dalam kedai tu, ada la jumpa seluar pendek yang aku berkenan. Ok la not bad harganya, RM19.90 sehelai. Time pembantu kedai tengah tolong Khayla cuba seluar tu, dua orang lelaki masuk kecoh-kecoh tanya perompak naik kereta Wira hitam ke?

Tak lama lepas tu, bunyi siren kereta polis dan polis pulak yang masuk soal siasat kat dalam kedai. Sebabnya pembantu kedai barangan bayi tu yang nampak jelas kereta perompak tu dan jugak rupa paras perompak tu.

Aku terpinga-pinga. Apsal citer pasal perompak ni? Alkisahnya kedai kat sebelah yang aku baru je masuk sebelum tu kena rompak tak sampai setengah jam sebelum tu. Bulat je mata aku tengok Khadeeja dan Khayla. Nasib baik terdetik hati aku nak pergi kedai di seberang dulu sebelum pergi kedai baju tu. Kalau tak, mungkin kami akan jadi mangsa rompakan jugak!

Syukur alhamdulillah, aku dan anak-anak aku terselamat dari bakal bencana. Walaupun kedua-dua pembantu kedai tu tak diapa-apakan, aku rasa mesti gerun jugak bila berhadapan dengan perompak.

Moral of the story, ada hikmah bila Khayla naughty-naughty main sorok-sorok kat dalam kedai barangan rumah tu. Hehe.

0 comments:

Post a Comment