Kecoh2 Bersama Makcik Bibah

Makcik Bibah datang ke KL minggu ni. Terus ajak berliburan. Eh, tak sedar ke dah jadi mak orang, masih nak berpoya2 cucuk langit dengan saya?

Sungguh.

Saya pun dah lama tak cucuk langit. Asyik cucuk mata sebab tension di ofis. Asyik cucuk duit sebab beli barang untuk bakal anak yang sudah beri notis 2 bulan. Tak lama lagi, dia akan kena evicted dari perut emaknya. Maaf anakku, sila jangan overstay. Mak sudah teringin nak melompat2, kalau melompat sekarang kena marah dengan ayah. Macam hari tu, gatal hati nak tengok cerita hantu, bila hantu keluar mak terus melompat dari kerusi tak sedar diri sedang boyot. Ayah gelak guling-guling. Sabar ajelah.

Ok, berbalik kepada Makcik Bibah yang hendak beronggeng dengan saya. Sebenarnya, kami pun tak punya banyak masa untuk pergi beronggeng. Ada satu lagi assignment yang perlu present dan submit next week, jadi kalau ikutkan hati nak aje saya postpone. Tapi... kesian pulak sebab ni dah kali kedua Bibah turun ke KL. Kali ni dia bawak anaknya. Saya pun teringin nak tengok si Haifaa... Maka, terus aje lah on programme.

Malam sebelumnya, berhempas-pulas menyiapkan part assignment. Sampai tido pukul 4pagi! Not good Carneyz... :( Saya janji tak buat lagi, maafkan mak ye baby... Next day, pagi2 lagi dah tercongok di library, discussion smp pukul 1pm, dan lepas tu lunch. Lepas lunch, kami sempat tido dalam kereta selama 1 jam. Nasib baik tak kena tangkap basah kan. Hahahaha!

Lepas tu, barulah calling2 Bibah, dan pergi ke rumah kakaknya. Akhirnya dapat jugak dukung baby Haifaa ;) Macam baby2 yang lain, Haifaa sungguh kagum dengan janggut Suami Terchenta. Sesiapa bayi sahaja akan terpegun dengan janggut beliau. Adakah mereka boleh nampak bidadari2 berjuntai di janggut ittew??? Huh. Kecemburuan.

Lepas lepak2 di rumah kakak Bibah, kami pun keluar menuju ke 1Utama. Suami Bibah yang drive. Bibah dan saya duduk di belakang. Suami Terchenta jadi co-pilot. Sepanjang saya kenal Bibah, ni kali pertama saya tengok dia dah hubby sejak majlis perkahwinan mereka 2 tahun lepas. Masa tu, mungkin masih pengantin baru jadi tak berapa mesra. Lepas tu, dia duduk di KL, hubby pulak di Perak. Tapi kali ni, Bibah memang la very2 loving dengan hubby. Nasib baik saya tak bukak tingkap dan muntah darah. HAHAHAHA!

Honestly, saya tak menyangka akan tiba masa bila conversation in the car akan berkisar tentang barang-barang bayi:

'Ko beli berapa pasang baju untuk anak ko?'
'Erk. Aku beli sepasang je. Pastu aku mengharapkan kawan2 hadiahkan la baju untuk anak aku nanti...'
'Eh, mana cukup! Ko kene beli byk2x... Baby ni suka muntah, pastu suka berak. Lagi satu, ko kene beli baju yang jarang2 tu, kot2 rumah ko panas. Tak de la dia kepanasan sangat.'
'Hmm... ok.'
'Nanti dia pakai lampin ke, pampers?'
'Aku beli pampers je kot.'
(Suami Bibah mencelah, 'Isyk2x... kaya...')

Dan begitulah seterusnya sepanjang trip pergi dan balik dari 1Utama. Dulu2, bercerita tentang gosip2 orang perempuan, tentang kat mana nak beli tudung murah dan best, tentang pakwe, kerja dan pakwe lagi... Tapi now masing2 dan jadi mak orang (dan bakal mak orang), topik sudah berevolusi kepada perbualan tentang anak. Tahun lepas, saya mungkin akan ketawa guling2 kalau habiskan setengah jam cerita pasal puting botol susu. Yalah, tahun lepas saya tak menyangka akan pregnant tahun ni. Woohoo!

Lepas menghabiskan 2 jam shopping barang anak (lagi!) di Jusco, saya decided untuk belanja Bibah makan di TGIF memandangkan Jumaat lepas ialah birthday beliau. Sekali lagi mau muntah darah tengok mereka bersuap-suapan sambil share satu pinggan. Tapi, ekceli saya suka. Hopefully bila baby dah keluar nanti, Suami Terchenta akan terus romantis macam ittew. Ahem. En Suami? Are you reading this?

Apapun, saya rasa kurang tension sebab dapat jumpa dan spend time dengan kawan rapat sejak di UTM dulu. Masih ingat lagi kami sama2 duduk dengar ceramah masa minggu orientasi. Masih ingat lagi kami selalu buat assignment sama2. Dan sama2 takde pakwe sepanjang kat UTM Oh ya, Bibah la yang buat hasutan supaya sms Suami Terchenta masa kami di final year). Dan a few times, Bibah temankan saya dating dengan Suami Terchenta buat pertama kali after grad (Mesti masa tu dia yang nak muntah darah tengok aksi2 malu2 kucing kami).

Lastly, ialah gambar kami dengan pasangan masing2 sedang menunggu makanan di TGIF:



Makcik Bibah, next time datang KL, kita gi IKEA pulak ye? (ayat ini tidak disokong oleh Suami Terchenta dan hubby Bibah)

1 comment:

  1. Karni, kau peram apa cerita ni baru nak post? hahahaha..aku rasa ni mesti waktu dia pergi rumah hang tu ye? Yang aku tak jadi menyinggah ke rumah hang tu.

    ReplyDelete