Lewat Lagi...

Hari ini kompeni saya sudah mula tracking orang lewat masuk ofis. FYI, masuk ke ofis saya perlu ada pas, & pas ni perlu sentuh di gate masuk macam sentuh kad Touch N Go di gate LRT. Bila sentuh pas di gate, sistem akan terus detect orang2 yang datang lewat, termasuklah saya. Seterusnya bos saya akan dapat surat cinta email untuk notify staff yang lambat.

Hari ini saya lambat masuk. Orang lain dah on PC dan bukak email, saya baru terhegeh2 nak masuk ofis & sign attendance. Saya dah risau bos saya akan mengamok. Dalam lif lagi saya dah fikir alasan apa yang saya nak pakai. Akhirnya saya dapat idea.

Lepas je saya letak beg atas meja, saya terus jumpa bos. Saya buat muka serius dan tanya bos, 'Bos, dapat tak email notify I lambat?'

Bos jawab,'Belum lagi, kenapa?'

'Oh, I nak bagitau ni. I lambat bukan apa, I saja je nak test sistem.'

Bos tak tau nak kata apa. Dia nak marah tapi rasa geli hati jugak. Orang lain dah tergelak macam nak pecah perut dengar jawapan bernas dari saya. Hahaha! Tak sia2 saya buat alasan yang buatkan satu ofis ketawa besar!

Oleh sebab alasan saya sangat unik, jadi bos lepaskan saja perbuatan tak bermoral saya i.e. datang lewat. Lain kali saya kena fikir lagi alasan lain sebab alasan tu cuma boleh guna hari pertama je!

0 comments:

Post a Comment