Cerita Raya (Bahagian 2)


Hujung-hujung bulan puasa memang meriah sebelah family aku. Boleh pulak berat aku naik semula sebab hari-hari mak & kakak aku masak best2 punya... Sepanjang bulan puasa kat KL kami agak busy kat kampus, tambah pulak setiap hari aku kena masak untuk bukak puasa dengan nak menjaga dua beradik tu. Hish, memang tak menang tangan la sampai turun berat aku masa tu. Tapi tak sampai seminggu balik kampung dah naik balik. Hehe. Takpe janji enjoy sakan dapat berkumpul dengan adik-beradik semua :)

Masa kat Bintulu, sempat gak aku bawak Khayla & Khadeeja pergi gunting rambut kat home salon dekat dengan rumah mak. Murah je, gunting rambut dua beradik tu cuma kena caj RM7. Tapi makcik Cina tu syok sangat kot gunting rambut Khadeeja sebab dia tak meragam sampai habis rambut ikal dia pun kena trim! Hasilnya Khadeeja dah macam boy pulak dengan gaya rambut tu!

Khayla nangis masa kena gunting rambut sebab tak suka orang pegang kepala dia

Khadeeja gembira sebab rambut dah tak masuk mata, kepala pun rasa ringan kot!

Sehari sebelum raya, kami semua balik ke kampung bapak di Igan untuk beraya dengan keluarga besar - adik-beradik bapak, Nek Usu, dsb. Dari Bintulu ke Igan konvoi dua kereta. On the way, sempat singgah di Mukah rumah makcik kami untuk berehat, jamak solat, mandi-manda dan beli barangan dapur untuk masak juadah pagi raya kat kampung. Ni memang tradisi keluarga kami dah bertahun-tahun. Tapi memang nasib baik kami semua mandi siap-siap kat Mukah sebab mcm tahun-tahun sebelum ni kat kampung memang bekalan air problem menjelang raya!

Khadeeja sempat bergolek2 kat rumah Nek Ngah. Dia memang tak suka travel naik kereta sebab tak bebas

Tahun ni sedih sket sebab tak semua keluarga besar dapat pulang beraya especially keluarga Wa (pangkat Pak Long). Sepupu aku dengan wife dia eksiden masa on the way balik ke Mukah (kampung wife dia), so dieorang terus cancel plan balik kampung dan tak beraya tahun ni (kesian, wife dia kena 13 jahitan dan muka lebam-lebam akibat eksiden tu). Adik dia pulak tak dapat balik sebab wife tengah sarat so takleh travel jauh-jauh. Nasib baik sepupu perempuan kami yang mulut kecoh tu dapat balik beraya, so berseri la jugak suasana raya tahun ni.

Masa kami sampai di kampung, yang lain pun baru sampai dari Sibu melawat wife sepupu yang eksiden tu. Ngam-ngam sampai, masuk waktu berbuka. Apa lagi kecoh la satu rumah bila dah ramai-ramai berkumpul! Makcik kami yg datang dari Sabah tak sempat nak masak pun, nasib baik makcik di Mukah sempat belikan ayam KFC sebelum bertolak ke kampung. Bila berbuka ramai-ramai memang meriah rasanya.

Malam tu kami bergotong-royong di dapur memasak juadah pagi raya (laksa Sarawak & kari ayam), potong kek lapis utk susun dalam bekas kuih so tinggal nak hidang kat tetamu je besoknya, dan bersihkan rumah. Khadeeja pun tumpang sekaki - tapi tumpang menyibuk je la. Dia sibuk jelajah ruang tamu, panjat sana sini!

Malam sebelum raya tu adat la kena tidur lewat supaya esok tak kelam-kabut sangat. Aku especially sebab nak kena siapkan dua beradik ni - lebih-lebih lagi dengan takde air. Leceh betul :(

Erm. Dah citer panjang lebar pulak tak masuk lagi citer hari raya dan lepas raya. Post bersambung...

4 comments:

  1. Lupa aku nak tanya lama dah tapi asyik je lupa. Bulan puasa hari tu hang meniaga ke? Jual apa? Hang buat cookies ke? Kenapa tak promote..boleh order

    ReplyDelete
  2. Alaaa... Takde la buat biskut. Aku tolong prepare makanan utk buka puasa kat kampus je, sebab kantin tak bukak. Kesian ngan hubby aku & student2 muslim yg ambik kelas malam weekdays tak sempat beli makanan berbuka... So aku offer la masak utk dorang.

    ReplyDelete
  3. UM takde Param macam kita kat utm ke Karni? Aku salute dengan hang. Masak sambil layan dua budak kecik. Aku bulan puasa boleh kira berapa kali je makan masak sendiri.
    Kalau nak buat bisnes cookies ke, cake ke..inform la ye. Boleh order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kat city campus… takde param dekat2 situ. Sekeliling cuma ada bangunan kerajaan dgn ofis je. Tu yg aku sanggup masak tu. Lgpun aku masak tak banyak, dlm 10 bungkus je. Tak ramai pun student Muslim amik semester khas, sbb rushing sangat dan kelas buat malam (orang kan nak pegi solat terawih bulan Ramadhan?). Aku tau aku mesti tak leh pegi punya dgn budak2 ni, so drp aku melangut kat rumah je, baik aku cari pahala cara lain :)

      Delete