Cerita Raya (Bahagian 3)

Akhirnya pagi Raya menjelang tiba. Dah la tido lewat malam sebelumnya, ditambah lagi takde air pagi-pagi nak menguruskan dua orang anak kecik, hai… Dan, bila pakaikan baju Khayla, rupa-rupanya baju tu kecik.

Tulah, gara-gara tak de masa nak pergi shopping baju raya, sehari sebelum balik kampung baru ada masa pergi ke KWC cari baju kurung. Memang silap besar la sebab tak banyak pilihan dan takde saiz yang sesuai. Last-last aku cuma belikan baju kurung sedondon sepasang seorang, tapi bila pakaikan kat Khayla baju tu memang dah pendek macam kurung Kedah pulak! Kalau baju je pendek takpe gak, ni kain pun senteng. Worse, cuma ada sepasang je baju raya yang sedondon sebab aku ingatkan mak aku sempat nak jahitkan baju kurung macam yang dia plan nak buat. Tapi tak sempat pulak. Kesian anak aku!

Memang aku rasa takde mood langsung nak beraya! Sudahnya tak de gambar family pun tahun ni :( Bila aku fikir-fikirkan balik, aku rasa menyesal sangat sebab buatkan mak aku sedih pagi-pagi raya gara-gara aku takde mood nak bergambar raya. Mak, orang mintak maaf ye mak?

Aku rasa sedih jugak sebabnya ni tahun pertama sambut raya dengan Khadeeja. Masa Khayla dulu, kemain la meriah dan ceria sebab first time sambut raya dengan anak kata kan, tapi bila turn Khadeeja, aku pulak yang buat hal di pagi raya. Maafkan mak ye Khadeeja… :'(

Akibatnya ni je gambar yang sempat snap Hari Raya pertama:

Khadeeja bermain kat bawah meja...

Khayla dengan Khadeeja memang suka bertandang raya. Khayla suka sebab kalau bab-bab berjalan ni, dia memang nombor satu! Lagi satu, dapat rasa kuih raya kat rumah orang. Dia paling suka 'kek belacan', kek kukus ni memang tradisi raya kat Sarawak. Hampir kebanyakan rumah ada hidang kek ni. Memang sedap pun, sebab buat dari koko / milo kalau tak silap.

Khadeeja pulak gemar main bawah meja. Kat hampir setiap rumah sanak-saudara yang kami pergi, dia pergi merangkak bawah meja. Aku dah speechless. Biarlah, asalkan dia bahagia dan tak meragam! Tak tau la apa yang best sangat bawah meja tu, sekali pandang memang comel dengan pakai baju kurung merangkak ala komando bawah meja. Hahaha!

Hari raya kedua, kami pergi ke Mukah pulak, sebab ada saudara kami buat open house kat restoran dia. Seperti biasa singgah kat rumah Mak Ngah kami sebelum pergi open house:

Khadeeja silap orang, ingatkan Pakyeng dia yang dukung dia (ni adik bapak aku / Pak Lang aku)

Kat open house tu, Khayla suka la sebab restoran tu atas air. Dia suka tengok sungai sambil tunjuk, 'Blue boat!', 'Water!', 'Green boat!' Lagi-lagi ramai yang beri perhatian kat dia sebab suka melayan dia speaking. Hehe. Khayla memang prefer berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sebab dah terbiasa kat sekolah cikgu bercakap dalam English dan Cina. Dia malas nak alih-alih bahasa ni :p 

Khayla: 'Look! Boat… blue boat…'


Kakak suka dapat perhatian ramai… Lagi suka sebab kat open house ada lollipop!

Khadeeja pulak tak suka sebab ramai pakcik dan makcik yang dia tak kenal nak dukung dia. Sejak dah kenal muka orang, dia memang takut kalau orang yang tak kenal dukung dia!


Khadeeja dengan adik sepupu - muka kelat je tak suka orang lain dukung dia :p

Apapun rasa sangat puas sebab aku tengok Khayla & Khadeeja enjoy je balik kampung. Khayla sebab dia boleh main kat jambatan belakang rumah, Khadeeja pulak sebab rumah kampung luas so dia boleh merangkak sesuka hati dia!

Kat jambatan ni la kiteorg amik gambar pertama as hubby & wife.. 7 tahun kemudian Khayla pulak berjalan-jalan kat jambatan yg sama

Main 'peek-a-boo' dengan kakak

Hari raya keempat pulak, kami balik ke kampung sebelah Suami Terchenta. First time balik ke Kuching guna jalan darat. Sebelum ni naik flight MasWing dari Mukah ke Kuching tapi masa nak beli tiket flight, dah penuh pulak. Nasib baik Pak Usu aku sudi tumpangkan kiteorang naik kereta Alza dia sebab rumah dia pun di kawasan Samarahan jugak. Nanti aku sambung next posting pulak ye :)

4 comments:

  1. Kesian Khayla..habis dia pakai baju apa? Ni mesti kes kecik hati la tu sampai hang merajuk2. Hehehe..terasa macam diri sendiri pun ada dalam situasi tu. hahaha

    "Kek Belacan", kenapa panggil kek belacan. Belacan kan bau kurang enak. takkan kek pun ada bau macam belacan.

    Khayla pandai speak mandarin! Mesti best..teringat dulu kat utm siap ambik kelas mandarin. kui kui kui..bahasa sarawak dia faham tak?

    Ooo..rupanya tempat cantik waktu gambar wedding hang tu belakang rumah je..tapi memang superb la tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Lebih kurang la, tambah lagi faktor tak cukup rehat, takde bekalan air pagi raya nak mandikan budak2, Khayla pulak shee-shee dah lepas mandi & pakai baju raya. Stress aku! Tapi pastu menyesal tak sudah!

      Kek belacan sebab warna & tekstur mcm belacan kat Sarawak ni. Tu la sbb nama dia kek belacan kot.

      Eh dulu kita ambik kelas Mandarin sama2 ke? Tapi skrg byk dah lupa. Setakat 'wo', 'ni', kami, kita, tu igt la.. Yg lain hampeh! Hehe. Penat je lau she ajar.

      Yup, lokasi kat belakang rumah je. Kakak aku jadi mak andam merangkap photographer time tu. Mmg low cost habis la wedding kiteorg. Hehe.

      Delete
    2. Hang pun ambik sama kelas mandarin ke? Aku ingat aku ngan bib je. Tapi dalam kelas tu memang ramai budak course kita jgak rasanya. Kita ambik sama sem ke? Aku ambik yang last kita kena pilih koko tu, punya tak tahu nak ambik apa, aku ngan bib ambik kelas mandarin.

      Low cost kahwen bukan pengukur kebahagiaan rumahtangga kan..buat gempak tapi kalau tak bahagia buat apa. Janji kita dah bahagia dengan kehidupan kita sekarang...sebab ada dua budak kecik nakal jugak

      Delete
    3. Aku amik sama dengan Syani… so ko sama gak la kan? Masa tu kan giler tgk citer 'Meteor Garden' tu yg sebok nak belajar Mandarin. Hehe.

      Yup betul tu, cuma kekadang aku rasa rugi pulak tak buat gambar kawen professional, video kawen sumer tu. Gambar kawen kiteorg pun tak penah print & buat album.

      Delete