Cerita Raya (Bahagian Akhir)

Hari Raya keempat, kami balik ke kampung Suami Terchenta di Kampung Meranek, Samarahan, Kuching Sarawak.

Sepatutnya bertolak pukul 7 pagi lagi sebab dari kampung aku (Igan) ke Kuching ambik masa 10 jam gak la. Tapi akhirnya bertolak pukul 9.30 pagi sebab ada miscommunication sikit (Suami Terchenta salah dengar - Pak Su kata pukul 7, dia dengar pukul 10!). Tapi memang kalau ada budak kecik, susah sikit nak bertolak awal pagi. Sebab tu kalau boleh kiteorg memang tak penah ambik flight awal pagi walaupun lagi murah sebab dah penah merasa kena tinggal flight gara-gara lambat nak siapkan anak kecik!

Berbalik ke perjalanan 10 jam. Lama tak? Kalau korang rasa lama, kiteorang yang travel dengan budak-budak kecik ni rasa laaaaagiiiii lama! Flight 2 jam je pun dah rasa jenuh nak melayan budak-budak ni terutama Khadeeja, apa lagi 10 jam! Baru setengah jam dalam kereta, dia dah melalak sebab bosan tak boleh bergerak sangat. Khayla pulak rilek je main iPad. Terpaksa la kami berdua bergilir-gilir  meriba dan layan dia. Penat!

Dalam perjalanan, sempat lagi singgah di rumah Pak Lang di Sibu (kami panggil Long Unus, jangan tanya apsal panggil 'Long' pulak, bukan 'Lang').

Keluar dari kereta je, Khayla dengan Khadeeja jadi macam kanak-kanak Ribena. Riang tak hengat dunia sebab dah bebas! Bila nampak kucing kat rumah tu, bertambah syok la dieorang sampai tak nak naik kereta balik:

Khayla especially suka 'cat' ni, buat macam anak patung pulak dukung ke hulu hilir

Khadeeja tumpang tengok je sebab kakak tak bagi pegang 'cat'

Dari Sibu, kami teruskan perjalanan dan singgah di Betong untuk pergi toilet dan isi minyak. Ingat nak singgah makan tengahari jugak tapi tak jumpa pulak kedai makan orang Islam. Mungkin tutup sebab ramai yang masih nak beraya kot. Pukul 8 malam barulah kami sampai di kampung Suami Terchenta. Badan aku dah sakit-sakit sebab melayan dua-beradik dalam kereta! 3 hari baru hilang sakit badan, tu pun aku kena makan Panadol dulu baru beransur pulih.

Kat kampung Suami Terchenta tak banyak sangat agenda kami sebab masa tu ramai yang dah start bekerja so kami cuma berkesempatan melawat sanak-saudara terdekat je - nenek Suami Terchenta, Mak Ngah, sepupu rapat Suami Terchenta sebab wife dia baru je deliver anak kedua dan jugak sepupu aku yang baru lepas eksiden tu.

Khadeeja dengan sepupu dia, Aqmal

Syukur masa eksiden tu, Aqmal dengan atok dan nenek dia. Cuma abang dia, Aqil je yang ada dalam kereta, tu pun dia duduk dalam baby car seat sambil pakai tali pinggang keledar. Wife sepupu agak teruk sebab masa eksiden tu dia tak pakai tali pinggang keledar gara-gara nak bancuh susu untuk Aqil. Sebab tu la aku memang pantang bab safety ni, kalau naik kereta mesti akan pastikan anak-anak aku duduk dalam car seat. Biarlah Khayla dan Khadeeja meraung tak nak duduk dalam car seat, aku tetap bertegas sebab malang tak berbau kan? Aku buat pekak je la masa driving. Hehe. Sampaikan Suami Terchenta sanggup bawak car seat dari KL balik ke Sarawak semata-mata sebab kena travel jauh dari Igan ke Kuching!

Selain dari tu ada jugak la buat sesi makan-makan kat rumah Pak Long aku memandangkan dia dan adik sepupu yang seorang lagi tu tak balik beraya di Igan tahun ni. Sempat jugak kami bersiar-siar di The Summer, shopping mall terbaru di Kuching sebab dekat sangat dengan kampung husband. Harus la menjengok jugak kan!

Khayla & Khadeeja kat The Summer

Kami kat kampung husband dari hari Ahad sampai Selasa. Rabu, kami dah fly balik - aku ke Bintulu dan Suami Terchenta balik ke KL. Kali ni dalam flight adik yang tido nyenyak dan terjaga bila nak landing, kakak pulak yang hyper tapi bila nak sampai dia boleh tido pulak. Hish budak-budak ni...

Nasib baik bila aku kejutkan Khayla, dia tak mengamuk walaupun mula-mula dia marah sebab aku kata dah sampai. Tapi bila aku sebut 'Makyeng is waiting for us', dia terus capai teddy bear dan jalan ke tangga sambil kata, 'Let's go home, mak. Bring bag, mak.' Baik betul anak aku yang seorang ni, tak menyusahkan aku langsung.

Tapi yang tak syoknya sementara tunggu mak aku sampai, boleh pulak dia terkencing depan kedai kat airport tu! Rupa-rupanya pampers dia dah penuh sangat masa dalam flight sampai bocor. Nak marah pun tak guna so terpaksa la sambil sorong beg dan dukung Khadeeja aku bawak dia pegi tandas untuk salin baju dan buang pampers. Hmm.

Sejak balik Sarawak dia dah terbiasa dengan pampers yang bapak dia pakaikan sebab malas nak bawak dia pegi tandas bila beraya di rumah orang. Lagi satu toilet kat kampung Suami Terchenta pulak jenis yang mencangkung tapi Khayla cuma reti 'shee-shee' kat toilet duduk, so bila tanya nak pegi toilet ke tak, laju je dia geleng kepala. Ada sekali tu dia terkencing kat rumah sepupu Suami Terchenta, sebab aku bebel kat Suami Terchenta yang suka pakaikan dia pampers, penat je aku ajar dia kencing kat toilet. So malam tu, Suami Terchenta pun tak pakaikan, sudahnya Khayla pun tak sedar dia tak pakai pampers dan terkencing...

Kat Bintulu pun aku sempat lagi sambung beraya. Kali ni aku pegi rumah kawan sekolah dulu. Memang kecoh la malam tu kami bercerita tentang kisah dulu-dulu, kawan-kawan dan di mana dieorang sekarang ni. Best sangat raya kali ni dapat berjumpa kawan-kawan sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dulu! Sekarang masing-masing dah beranak-pinak, tapi malam tu aku la yang paling ramai anak sebab kawan baik aku, Hester dan kawan rapat masa sekolah rendah, Jessica, masing-masing baru ada satu 'handbag' (kawan kami Asma yang gelar junior kami handbag. Hehe).

Dengan kawan-kawan sekolah dulu - masih berhubung walaupun dah bertahun-tahun tak bersua


Khayla dan Charlene pun berkawan dengan cara dieorg sendiri!

Fuh. Tak sangka panjang-lebar pulak entri raya aku tahun ni. Kesimpulannya, memang rasa seronok sangat, walaupun persiapan raya kami sederhana je. Yang penting masa yang diluangkan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai :) Betul tak?

2 comments:

  1. Memang best la Khayla ni..boleh peluk kucing macam teddy bear lak. Anak aku dua2 pun takut kucing bila dah besar ni.

    Aisy pun sebab raya ni macam susah je kalau tak pakaikan pampers kan, tambah lak dia bukan nak masuk rumah orang kan, aku pakaikan dia pampers..sampai hari ni dia mintak sendiri pakaikan pampers lepas mandi. lepas ni kena train semula tak pakai.

    Kali ni punya cerita raya hang memang panjang la..adik hang farhanah bila balik Jepun? Exam hang dah habis belum ni?




    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. sblm ni dia dah tak pakai pampers ke? Perkembangan yg baik tu.. Ha'ah skrg aku tak pakaikan dah, aku cakap kat mak aku masa dia dok kat sana, jgn pakaikan kecuali waktu malam. Alhamdulillah dia dah belajar balik tak pakai pampers :)

      Adik aku balik Jumaat ni. Next week aku dah start semester baru. Nak kena tarik nafas dalam2 sbb next sem aku pulun habiskan 4 subjek & 6 kredit thesis! o_O

      Delete