Letter Day 6

Kehadapan anak2 mak sayang,

Hari ke-6... Rindu mak terhadap Khayla & Khadeeja semakin kuat, cinta. Malam ni mak masih tak boleh tidur, mak masih terbayang2 wajah kalian. Senyum tawa kalian memberi semangat kepada emak. Bila kalian tiada, mak gelisah.

Khadeeja yg emak rindui,

Malam tadi rindu mak tak tertahan, mak ambil baju Khadeeja yang belum dibasuh. Mak cium, mak pegang erat, peluk dan bayangkan Khadeeja dalam dakapan mak. Sungguh mak rindu Khadeeja!

Mak dapat rasakan Khadeeja hadir dalam mimpi, bau Khadeeja buatkan mak hiba. Mak tak sekuat yang disangka... Malam2 tidur mak masih berteman air mata. 

Ya Allah, kirimkan cintaku kepada anak2ku. Kepada Khayla yang sentiasa menceriakan hidupku, dan kepada Khadeeja yang masih kecil mulus, namun seluruh cintanya milikku.

Sayang emak,

Mak sedih setiap kali mak dengar lagu Hafiz 'Bahagiamu Deritaku'. Air mata mak mengalir bila mak dengar lirik, 'Mengapakah aku jadi lemah, sungguh ku tak sangka, dia membawa jantungku bersamamu...'

Kerana mak tau bagaimana rasanya bila jantung hati dan wajah kesayangan mak dibawa pergi jauh dari emak.

Selamat malam sayang. Mimpi kan emak selalu.

0 comments:

Post a Comment