Baby room @KLIA

Salam. Kali ni aku nak review pasal baby room @ KLIA khas buat ibubapa yang ada anak kecik di luar sana.

Setiap kali nak travel dengan anak2 kecik ni, macam-macam cobaan yang terpaksa dilalui, betul tak? Kalau kena naik flight awal pagi, nak kejutkan anak-anak, salin baju dieorang, buat susu dieorang dah satu hal. Belum lagi kalau tak sempat mandi tu, pampers pulak dah penuh / basah nak cari tempat untuk salin baju / salin pampers. Yang anak melalak nak menyusu atau tak cukup tido pun satu lagi hakikat yang kena tanggung. Sudahnya, ramai parents yang tak sanggup la hai travel dengan anak-anak kecik.

So, bila kena travel jugak, bersyukur lah bila airport tu ada sediakan bilik khas untuk anak-anak kecik. Segala macam kemudahan ada. Cuma nak buat susu formula je belum lagi disediakan di sini.

Meh aku bawakkan korang bilik bayi @ KLIA. Dalam bilik ni ada sinki tempat nak mandikan anak-anak kecik atau bersihkan badan dieorang lepas berak / kencing. Kalau anak2 yang nak menumpang baring-baring sambil menyusu atau tidur sementara tunggu flight, katil baby pun ada disediakan.


Bilik menyusukan bayi

Ada dua area sinki untuk basuh botol / mandikan anak / etc.

Tempat tukar lampin baby

Sabun tangan dan paper towel je  disediakan, so korang pandai2 la bawak tuala dan sabun mandi sendiri

Parents kena supervise anak-anak kecik dalam bilik ni
Buat anak-anak yang dah potty-train pulak, ada bilik air yang kids-friendly kat dalam bilik ni. Sebabnya, dia tak perlu takut terjatuh dalam toilet bila ada toilet seat yang kecik sesuai untuk kanak-kanak. Anak lelaki pulak ada tempat khas untuk dieorang jugak.


Suasana bilik ni selesa dan comel, siap dengan kertas dinding yang menarik untuk bagi keselesaan yang lebih kepada pengguna. Sofa yang selesa pun disediakan untuk parents / adik-beradik yang menunggu. Cuma, disebabkan bilik breastfeeding tu just ditutup dengan tirai, pasti kurang selesa kalau ada lebih dari seorang pengguna yang nak guna bilik ni. Especially kalau ada kanak-kanak yang nakal yang tarik tirai masa ibu tengah breastfeed. Better la korang pakai jugak nursing cover kalau ada orang lain yang sama-sama guna bilik ni.

Aku selalu jugak guna bilik ni kalau travel dengan anak-anak sebab biasanya bila nak sampai awal di airport kami tak mandikan anak-anak di rumah. So sampai di sini, lepas check in barang (kalau ada), terus la singgah di sini untuk siapkan dieorang. Bezanya, dulu ada air panas untuk anak-anak mandi, tapi sejak kebelakangan ni aku perasan tak de air panas pulak.



Lastly, bilik baby ni terletak di departure level, kat area tengah2 (berdekatan dengan tandas lelaki & wanita). Ada dua bilik bayi ni kalau tak silap. So convenient la sebab tak perlu nak turun naik tingkat, lepas settle urusan terus pergi ke departure area.

Kalau compare dengan KLIA2, aku rasa better lagi kemudahan dalam bilik bayi di KLIA. Next time Insya Allah aku akan review KLIA2 baby room supaya korang boleh bandingkan sendiri kedua-dua baby room ni. 

0 comments:

Post a Comment