Tahun ni, Ramadhan jatuh sehari lepas birthday aku yang ke-34. 3 hari pertama, aku tak dapat nak berpuasa dengan umat Islam yang lain, adatlah jadi perempuan ni. 

2 tahun kebelakangan ni, aku berpuasa sendiri lagi ditemani anak2 (yang tak berpuasa semestinya) so tak de lah aku beriya-iya nak memasak bagai. To be honest, sejak aku pindah sini, jarang bebenor dapur berasap melainkan bila En Suami Terchenta balik. So skill masakan aku tu dah berkurangan dengan sadisnya. Sampai masak kek instant pun boleh hangus, kau! Punya la teruk. Huhu.

Aku masak stok banyak-banyak lepas tu aku simpan dalam freezer untuk berbuka puasa (kalau tak berbuka puasa di rumah mak). Nikmatnya memang confirm kurang bila berbuka sorang-sorang, tapi aku take it positively. Hopefully boleh la aku kurus sikit bulan puasa ni kan!

Untuk sahur pulak, aku just buat shake (protein shake + oat) dengan jus epal hijau. Ada beberapa sebab aku tak makan nasi masa sahur. Pertama, aku takut nak turun ke dapur kat tingkat bawah pagi-pagi buta. Takut terserempak dgn cik Ti, Cik Li, atau Encik P (nauzubillah!). Bila husband jauh ni, aku memang akan kunci, double-lock pintu bilik tidur malam-malam. Tak berani nak turun sorang-sorang!

Kedua, aku risau sebab baru bulan lepas aku kena kencing kotor. Doktor cakap mungkin tak cukup minum air atau mungkin aku ada batu karang. So kena minum air banyak-banyak dan amalkan minum jus epal hijau. Bulan puasa ni, memang time nak amalkan minum air banyak dan jus epal hijau tu, terhad. Bila berbuka puasa, aku tak suka minum air banyak-banyak sebab lepas tu nak terawih asyik nak terkencing je bila bawak berdiri, duduk beberapa rakaat tu. So aku akan minum banyak-banyak masa sahur.

Ketiga, time sahur aku memang tak makan berat. Cukup minum shake, minum jus. Lepas tu aku akan sambung tidur sampai la dekat-dekat nak habis waktu Subuh (buruk bebenor perangai kan?)! Sebab biasanya anak-anak aku tidur lewat, so aku pun tidur lewat (mana boleh tidur kalau asyik kena hempap je dengan si adik!).

So cenggitu lah puasa aku sejak 2 tahun lepas. Mungkin ada yang tanya apasal aku tak berbuka puasa kat rumah mak je. Hmm. Tahun lepas mak aku suka berbuka puasa di masjid sebab dia salah seorang AJK yang sediakan lauk berbuka puasa. Tahun ni pulak, ikut mood la. Kadang-kadang prefer buka puasa kat rumah sendiri sebab lepas tu tak de la penat nak angkut budak-budak balik ke rumah.

Apa pun, aku bersyukur sebab tahun ni masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa, diberi rezeki untuk bersahur dan berbuka puasa, dan diberi kekuatan untuk mengharungi Ramadhan seorang diri tanpa suami di sisi 24 jam sehari. Sedang menghitung hari Suami Terchenta akan balik ke sini untuk mencuba nasib di bumi sendiri. Dalam keadaan ekonomi sekarang, harap-harap rezeki kami sentiasa diluaskan. Doa aku pada bulan Ramadhan ni ialah supaya Allah tunjukkan kepada kami jalan yang terbaik untuk kami dan Allah permudahkan kami untuk pilih jalan tersebut (baik di Sarawak mahupun di KL).

Sebab truthfully, aku dah penat sebenarnya. Penat berjauhan dengan soulmate. Cewah.

Salam Ramadhan semua!