Salam kawan2. Lama betul rasanya tak menjengah blog ni. Makin lama, makin ketandusan idea nak menulis ditambah dgn life yang busy sokmo.

Actually kali ni aku nak cerita pasal education. Aku memang big fan of education. Bagi aku, biar berhabis duit untuk upgrade knowledge or skill sebab mungkin satu hari nanti pengetahuan tu akan digunapakai.

Cita2 aku suatu hari nanti aku nak sambung ke tahap PhD, tapi memandangkan kesibukan kerja sekarang, Insya Allah aku akan pursue bila aku dah pencen kelak. Tu life goal aku la.

Tapi cerita ni bukan pasal education aku, tapi berkisar education anak2. Masa kat KL, aku sanggup la berhabis duit menghantar Khayla ke taska Cina/English. Aku bercita2 anak2 aku boleh menguasai bahasa asing, so seawal umur 2.5 tahun aku dah dedahkan dia dengan environment macam tu. Memang tak boleh lupa Khayla balik dari sekolah menyanyi lagu Cina, kadang2 dia tersasul sebut perkataan Cina! 

Tup2 pindah ke Bintulu. Jadi single parent most of the time, so aku terpaksa lupakan hasrat aku nak hantar dieorg ke sekolah Cina/English medium disebabkan tak banyak option yang ada kat area aku duduk sekarang. Kalau ada pun, dah penuh atau terlalu jauh.

Tapi sejak Suami Terchenta resign dan balik ke sini, aku terfikir balik nak hantar  ke tadika Cina. Tadika sekarang memang ok, cuma kalau nak register ke SJK (C) nanti, syaratnya kena hantar ke tadika Cina dulu.

En Suami pulak ada pandangan berbeza. Dia nak maintain je tadika sekarang sebab convenient. Dekat pun dekat, lepas tadika ada perkhidmatan pusat asuhan jugak. So dia agak berat menerima idea aku ni.

Tapi bagi aku, biarlah susah dulu, nanti pasti ada kebaikannya. Lagipun tak besar mana pun Bintulu ni. Paling lama pun 20 minit nak hantar ke tadika Cina tu. Cuma kakak je tak sempat nak enrol ke tadika tu, and semestinya tak layak register ke sekolah rendah Cina.

Lagi satu, aku nak expose anak2 dengan aktiviti tambahan supaya dieorang ada extra skills. Dua tahun lepas aku dah try hantar ke kelas arts. Tapi anak2 aku tak menunjukkan minat sangat. Lagi pun aktiviti kelas tu tak memberangsangkan langsung - setakat latihan mewarna je. Last2 tak jadi enrol.

Kali ni, aku try pulak enrol kelas piano. Hari ni first day Khayla belajar piano - so far dia nampak seronok belajar. Adik Khadeeja pulak try sekali tapi bila tanya dia nak ke belajar, cepat2 dia geleng kepala. Mungkin adik prefer aktiviti lasak macam belajar taekwando atau aikido. Lagi pun dia kecik sangat nak faham instruction cikgu muzik tu.

Dari sudut agama, aku carikan jugak cikgu mengaji untuk dieorang. Last2 jumpa seorang ustazah yang nak datang rumah mengaji. Harap2 nak la budak dua org tu belajar mengaji di rumah lebih2 lagi si adik yang manja tu. Kalau dia dah kata tak nak, memang tak boleh paksa. Kalau paksa jugak, mengamuk la jawabnya!

Ada jugak faedah bila dah pindah ke Bintulu. Boleh lebih fokus untuk mendidik anak2. Kalau kat KL, mungkin susah nak cari kelas mengaji, belajar piano atau taekwando yang dekat dengan rumah. Tapi pada masa yang sama, kalau di KL mesti banyak lagi aktiviti yang dieorg boleh join (baking, arts, nature etc.) asalkan rajin mencari je.

Sekarang pun aku dah kurangkan waktu bermain iPad. Caranya aku tak charge iPad langsung so dieorg tak boleh nak main game atau tengok YouTube. Sejak tu dieorg dah kurang bergaduh dan lebih kerap spend time main toys sama-sama. Yang paling aku suka ialah bila dieorang buat dialog ikut imaginasi sendiri. Aku sanggup temankan dieorg pegi taman permainan, main bubbles kat Pantai Tg. Batu atau even main kat indoor playground yang berbayar tu asalkan dieorg tak menghadap iPad. Biar dieorg menikmati masa kanak2 dengan bermain. Barulah balanced.